Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 21, 2022 @ 2:18pm

“Lirik Sangat ‘Deep'” – Lagu ‘Ku Ikhlaskan’ Inspirasi Kisah Peribadi DSV, Jadi Saham Akhirat Bina Tahfiz

Nama usahawan terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) menjadi perbualan wargamaya yang mengkritik hebat penampilannya dalam muzik video (MV) single terbaru berjudul Ku Ikhlaskan.

Biarpun sebelum MV lagu itu dikeluarkan, DSV telah dikritik wargamaya yang melabelnya dengan pelbagai nama seperti Aina Abdul versi ‘dark web’, Pennywise, watak Red Queen dalam filem Alice in Wonderland dan juga seperti penyanyi antarabangsa Lady Gaga.

Terbaru, MV lagu Ku Ikhlaskan hasil nukilan DSV itu telah mula ditayangkan pada tengah malam tadi dan ia dimuat naik di akaun YouTube DSV Entertainment.

Sehingga kini, MV tersebut telah mendapat lebih 200,000 tontonan dan rata-rata netizen terkejut dengan hasil lagu berkenaan kerana ia mempunyai bait-bait lirik yang sangat mendalam.

Menurut DSV, kisah di sebalik pembikinan MV dan lirik lagu Ku Ikhlaskan ini adalah berinspirasikan daripada kisah peribadi kehidupannya yang penuh dengan onak duri dan ujian yang menimpanya.

“Lagu Ku Ikhlaskan ini bukan sekadar kisah peribadi tapi sarat dengan emosi duka lara yang dialami oleh insan bernama DSV.

“Keperitan, kehilangan, kecaman bertubi saya hadapi, sekecil perkara diambil kira, sebesar hama ditimbang tara,” ujarnya.

Tambah DSV, tujuan lagu Ku Ikhlaskan ini dicipta adalah untuk menambah saham akhiratnya dengan mengumpul dana bagi membantu usahanya dalam membina Pusat Tahfiz dan Syahadah AL Zikri Wa Zuhdie di Meru, Ipoh, Perak.

“Pembikinan lagu dan MV ini adalah salah satu usaha saya untuk mengumpul dana bagi menyiapkan Pusat Tahfiz & Syahadah saya sebagai saham akhirat juga akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

“Apatah lagi kita menghampiri Ramadan tidak lama lagi, pahala berganda dan berkat,” tulisnya.

Sementara itu meninjau di ruangan komen di YouTube MV tersebut, ramai dalam kalangan wargamaya yang mengakui lagu berkenaan sememangnya mempunyai maksud yang sangat mendalam.

Bukan itu sahaja, peminat lagu tersebut juga memuji usaha DSV dalam pembikinan MV lagu tersebut yang mempunyai jalan cerita sangat mudah untuk difahami.

Artikel Berkaitan: Sering Tampil Dengan Imej Pelik, DSV Disamakan Dengan Watak Red Queen, Pennywise & Lady Gaga!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 26 Jul 2021
Trending Tue, 24 Nov 2020
Trending Tue, 20 Nov 2018

Selamat ulang tahun ke 90 Mickey Mouse!

Selamat ulang tahun ke 90 Mickey Mouse!

Hiburan Thu, 2 Mar 2023

Bekas Suami Terperanjat Lufya Omar Tuntut Mutaah RM1 Juta

Mut’ah adalah saguhati bekas suami kepada bekas isteri selepas bercerai.

Hiburan Mon, 2 Apr 2018

Nana Tolak Lamaran Jadi Isteri Kedua

Nana berharap pendapat peribadinya tidak disalah erti atau mengguris perasaan insan lain kerana ia bukan ditujukan kepada sesiapa, sebaliknya hanya untuk diri sendiri.

Hiburan Thu, 18 May 2023
Trending Hari Ini Wed, 3 Jun 2020

[TERKINI] Boleh Solat Jumaat Dengan Bilangan 40 Jemaah Di Kelantan

Alhamdulillah, semakin banyak kelonggaran

Hiburan Sat, 2 Dec 2017

Resepsi Kahwin Mawar Rashid, Raf Yaakob

Setiap satu lapisan bertakhta kristal Swarovski yang diletakkan di atas juraian lampu gantung mewah kek perkahwinan buat mempelai

Hiburan Mon, 22 Sep 2025
Trending Tue, 5 Mar 2019

泰国男网红低成本Cos艾莉塔!100%神还原

泰国网红再有新搞错!电影《战斗天使艾莉塔》也被搞怪模仿,让网友们看后哭笑不得~

error: Content is protected !!