Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 22, 2025 @ 5:50pm

Karl Shafek Himpun 300 Sukarelawan, Kumpul 2 Tan Sampah di Pantai Tanjung Gosong

Usaha memupuk semangat cintakan alam sekitar dan kampung halaman berjaya dizahirkan melalui penganjuran program komuniti pertama Gerakan Pekan Molek, Gotong Royong Sakan.

Program yang diasaskan oleh pengacara Karl Shafek Ibrahim itu menyaksikan hampir dua tan sampah berjaya dikutip di Pantai Tanjung Gosong, Pekan. Lebih 300 sukarelawan, terdiri daripada belia dan penduduk setempat, berganding bahu dalam acara pembersihan berskala besar tersebut.

Menggunakan pengaruh media sosial, Karl yang juga merupakan pengasas jenama fesyen jalanan Neonate Clothing Company berjaya menggerakkan ratusan orang untuk turut serta.

“Saya kerap berada di Pekan sejak Aidilfitri lalu kerana menjaga ayah yang uzur. Apabila melihat keadaan Pantai Tanjung Gosong yang cantik tetapi tercemar dengan sampah, saya terpanggil untuk bertindak.

“Saya gunakan media sosial seperti TikTok, Facebook dan Instagram untuk menyeru sesiapa yang ada kesedaran agar bersama-sama membersihkan pantai ini. Tak sangka, sambutan yang diterima begitu menggalakkan,” ujarnya.

Gotong Royong Sakan berlangsung pada Selasa, 16 September 2025, bermula 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dengan sokongan Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja serta Ahli Dewan Undangan Negeri (N21) Peramu Jaya merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, Datuk Mohamad Nizar Datuk Seri Mohamad Najib.

Peserta juga berpeluang memenangi hadiah tajaan pasar raya Pantai Selamat dan Fresh Choice.

“Saya sangat gembira kerana peserta hadir bukan semata-mata kerana hadiah, tetapi kerana kesedaran menjaga kebersihan alam kurnia,” kata Karl.

Acara ini turut mendapat kerjasama Kelab Anak Muda Perbandaran Pekan dan KRT Pantai Tanjung Gosong.

Ia bukan sahaja menjadi wadah untuk merapatkan hubungan antara belia serta sukarelawan dari dalam dan luar Pekan, malah turut disertai jemputan khas seperti Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pekan, Mohd Nasir Jusoh, artis tanah air termasuk Noorkhiriah dan Ieda Moin, selain wakil media.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Dec 2022
Hiburan Tue, 22 Jul 2025
Trending Sat, 19 Jun 2021

Lagi Bantuan Tambahan Dalam Masa Terdekat – Tengku Zafrul

Lebih banyak bantuan disediakan kerajaan

Featured Tue, 27 Jan 2026

Janna Nick Buat Permohonan Maaf, Berazam Jaga Tutur Kata – “Jika Satu Hari Nanti Saya Terleka, Tegurlah Saya”

Janna memohon kemaafan kepada semua pihak yang mungkin pernah terguris dengan kata-kata atau tindakannya.

Trending Sat, 16 Jun 2018

Isu PATI Di Amerika Syarikat, Trump Naik Angin!

Selepas Trump pada awalnya berkata beliau tidak berminat dengan rang perjanjian Republican yang memasukkan penetapan isu pemisahan selain perlindungan Tindakan Penangguhan untuk Ketibaan Kanak-kanak (DACA) bagi pendatang muda yang tiba secara haram ketika kanak-kanak, Rumah Putih sebaliknya tidak menyokong kenyataan itu.

Trending Tue, 12 Apr 2022

COVID-19: Dua Lagi Varian Baru Omicron Dikesan

Sub varian Omicron, BA.4 dan BA.5 sudah dikesan.

Gaya Hidup Mon, 4 Mar 2024

Kos Sara Hidup Punca Banyak Perceraian Di Selangor

Ramai terpaksa cari pendapatan tambahan

Hiburan Sat, 14 Dec 2024

Dr Ahmad Idham Muncul Dengan Filem Sahak Gangster, Pilih Wajah Baharu Hariz Hamdan & Nelissa Nizam Jadi Teraju Utama

Bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 9 Januari 2025, Sahak Gangster menampilkan dua pelakon yang semakin meningkat naik iaitu Hariz Hamdan dan Nelissa Nizam selaku teraju utama.

error: Content is protected !!