Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 14, 2024 @ 7:50pm

Dr Ahmad Idham Muncul Dengan Filem Sahak Gangster, Pilih Wajah Baharu Hariz Hamdan & Nelissa Nizam Jadi Teraju Utama

Filem bercorak aksi komedi sememangnya masih lagi mempunyai tarikan tersendiri buat penggemar filem-filem tempatan.

Justeru, ia telah mencetuskan idea buat syarikat produksi Millennium Megamas Sdn. Bhd. untuk menerbitkan sebuah filem berjudul Sahak Gangster.

Pengarahnya, Dr. Ahmad Idham berkata, perancangan menghasilkan filem berkenaan adalah daripada penerbit sendiri.

“Saya tertarik untuk mengarahkan filem melihat konsep ceritanya yang menjurus kepada istilah ‘Gangster Wanna Be’ yang sarat dengan humor dan aksi.

“Lagipun saya dah lama tak hasilkan sebuah filem berkonsepkan komedi aksi. Jadi, saya sahut cabaran untuk bertindak sebagai pengarah filem ini,” katanya kepada XTRA.

Bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 9 Januari 2025, Sahak Gangster menampilkan dua pelakon yang semakin meningkat naik iaitu Hariz Hamdan dan Nelissa Nizam selaku teraju utama.

Dalam pada itu, Ahmad Idham memberitahu, filem terbaharu arahannya itu mempunyai kelainan berbanding dengan filem-filem genre sama yang pernah dihasilkannya sebelum ini.

“Antara kelainannya adalah karakter Sahak itu sendiri. Dalam filem ini, saya paparkan Sahak adalah seorang yang mahu terlibat dalam dunia gangster.

“Namun, secara hakikatnya Sahak ini sebenarnya tidak sesuai untuk berada dalam dunia tersebut dan kemudian terjebak dalam satu insiden sehingga dia diburu,” ujarnya.

Filem Sahak Gangster mengisahkan seorang lelaki iaitu Sahak (Hariz Hamdan) yang terpaksa melarikan diri daripada buruan ahli kumpulan dan polis setelah dituduh membunuh ketuanya sendiri.

Kemudian, dia terpaksa bersembunyi dalam kereta seorang gadis, Suriani (Nelissa Nizam) sehingga menyebabkan gadis berkenaan turut terjebak dalam permasalahan yang dihadapi Sahak.

Mengenai pemilihan Hariz dan Nelissa sebagai teraju utama, Ahmad Idham melihat bakat serta potensi kedua-duanya yang dilihat mampu mencipta nama sebagai pelakon popular.

Mengakui mengambil risiko besar apabila menampilkan kedua-dua pelakon berkenaan, dia memberitahu Sahak Gangster turut dibarisi pelakon-pelakon popular.

“Memang saya rancang nak ketengahkan bakat-bakat baru dan saya menjangkakan apabila filem ini ditayangkan, nama Hariz dan Nelissa semakin dikenali ramai.

“Jadi, untuk mengurangkan risiko itu, saya tampilkan juga pelakon yang dah ada nama seperti Yana Samsudin, Usop Wilcha, Mamak Puteh, Razak Ahmad dan Chiwan Raja Lawak,” katanya.

Jelasnya, pemilihan pelakon-pelakon berkenaan bukan sekadar tempelan sahaja, tetapi masing-masing mempunyai karakter yang tersendiri.

Malah, apa yang lebih menarik lagi, pengarah itu menjelaskan dia turut memuatkan genre ‘spoof’, iaitu memasukkan elemen filem-filem lain yang dalam naskhahnya itu.

“Misalnya, saya letakkan Yana Samsudin yang memegang watak Kak Yong dalam Sahak Gangster. Watak Kak Yong itu sendiri memang sudah cukup dikenali ramai.

“Begitu juga saya memasukkan elemen dalam filem Bad Boys dengan menggandingkan Razak dan Chiwan yang berpasangan sebagai anggota polis,” ujarnya.

Padat dengan ‘ramuan’ aksi, romantik dan komedi, Ahmad Idham berkata, apa yang diharapkan untuk naskhah terbaharunya itu mampu membuatkan penonton terhibur.

Sahak dibesarkan oleh Pak Andak, seorang gangster kawasan yang amat digeruni. Sahak merupakan harapan utama Pak Andak untuk menerajui Geng Bunga Merah satu hari nanti.

Namun, segala harapan itu kemudiannya berubah apabila satu hari Pak Andak telah ditangkap polis ketika hendak menyelamatkan anak saudaranya, Maya dari musuh tradisinya Geng Pak Man.

Setelah lima tahun, Pak Andak dibebaskan dari penjara. Namun, pada hari dia dibebaskan , Pak Andak telah ditembak secara hendap dan meninggal dunia di pangkuan Sahak.

Sebelum meninggal dunia, Pak Andak sempat menitipkan amanat pada Sahak untuk mencari siapa yang menembaknya dan membalas dendam.

Kemudian Sahak menjadi buruan polis disebabkan dia hilang dari tempat pembunuhan dan telah menjadi suspek utama.

Sahak yang pada mulanya berbelah bahagi sama ada mahu menyerah diri atau tidak, kemudiannya tekad untuk melaksanakan amanat terakhir Pak Andak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 28 Apr 2022
Hiburan Sun, 2 Jun 2019

文慧如和林恺伦606首度来马公开演出

乐坛新人文慧如和Karencici林恺伦即将带着《好闹》来到马来西亚啦!

Hiburan Mon, 24 Feb 2025

Fattah Amin Dah Bertunang Dengan Amira Othman? Ini Jawapan Empunya Badan

Fattah Amin didakwa sudah bertunang dengan Amira Othman.

Trending Tue, 16 Jun 2020
Hiburan Fri, 1 Nov 2019

大马爵士女伶May Mow推首张个人专辑!1206办个人售票演唱会

大马新生代爵士女伶May Mow媚毛出道13年终推首张个人专辑!同时也在记者会上宣布将举办演唱会,齐邀大家见证她音乐路上的点点滴滴。

Hiburan Sat, 23 Nov 2024

Sertai Uji Bakat Calpis Soda OIAM Di Kuantan, Allan Andersn Bersyukur Lolos Ke Peringkat Seterusnya

Allan Andrsn turut mencuba nasib sertai uji bakat Calpis Soda OIAM di Kuantan.

Hiburan Fri, 28 Feb 2025
Featured Fri, 21 Nov 2025

Netizen Seloroh Minta Sharnaaz Ahmad Selaku Presiden Duda Malaya Serap Kamal Adli Jadi ‘Ahli Baru’, Ini Respons Empunya Badan – “Belum Official Lagi”

Peminat berseloroh meminta Sharnaaz selaku Presiden Duda Malaya supaya ‘mengambil’ Kamal sebagai ahli baharu dalam ‘kumpulan’.

error: Content is protected !!