Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 23, 2024 @ 5:34pm

Sertai Uji Bakat Calpis Soda OIAM Di Kuantan, Allan Andersn Bersyukur Lolos Ke Peringkat Seterusnya

Penyanyi Indonesia, Allan Andersn mencuba nasib dengan menyertai uji bakat Calpis Soda One in A Million (OIAM) di Kuantan, sebentar tadi.

Terkenal dengan lagu Rindu, Allan berjaya ke peringkat seterusnya selepas melepasi pusingan pertama dan kedua.

“Saya difahamkan uji bakat ini turut dibuka untuk peserta negara serantau seperti Indonesia, Singapura dan Brunei, jadi saya tak mahu melepaskan peluang. Syukur kerana saya berjaya melepasi dua pusingan di sesi uji bakat.

“Saya akui saya gementar namun saya kuatkan diri dan mencuba nasib. Bagi saya, Calpis Soda OIAM adalah pertandingan yang unik dan hadiah lumayan bernilai RM1 juta itu merupakan sesuatu yang sangat menarik,” katanya.

Ingin mencari tapak mengembangkan bakat di Malaysia, Allan berharap dia berjaya menempatkan diri menjadi peserta akhir yang bersaing di Calpis Soda OIAM.

“Saya bersyukur kerana mendapat sambutan memberangsangkan di Malaysia. Peminat di sini memberikan respons yang sangat baik. Jadi, saya mahu mencari tapak mengembangkan lagi kerjaya di Malaysia yang sudah saya anggap sebagai rumah kedua.

“Saya berharap ada rezeki saya untuk ke peringkat seterusnya dan menjadi finalis Calpis Soda OIAM,” katanya ketika dihubungi XTRA.

Selain Kuantan, uji bakat pencarian penyanyi yang menawarkan hadiah bernilai RM1 juta ini turut diadakan di Kuching, Sarawak hari ini dan esok.

Uji bakat Calpis Soda One In A Million akan diteruskan pada hujung minggu ini di Kuantan City Mall, Pahang dan Plaza Merdeka, Kuching Sarawak pada 23 dan 24 November 2024.

Pengunjung uji bakat Calpis Soda One In A Million bakal menikmati persembahan istimewa daripada Haqiem Rusli di Kuantan, Pahang, sementara peminat di Borneo berpeluang berhibur bersama Sufian Suhaimi di Kuching, Sarawak.

Barisan juri di Kuantan pada hari pertama akan menampilkan Indah Ruhaila dan Sarah Ismail, manakala hari kedua menyaksikan Ara Johari berganding bahu dengan Sarah Ismail.

Di Sarawak pula, Bob Yusof dan Shaffiq Erwin bersedia mengambil alih tugas juri.

Kepada mereka yang tidak berpeluang hadir, mereka masih boleh menyertai melalui Uji Bakat  Dalam Talian, dengan memuat naik video nyanyian berdurasi 1 minit di TikTok dengan hashtag rasmi #CalpisOIAMTV3 dan #SegarRasaSodapSuara  sehingga 24 November ini.

Jadi, tunggu apa lagi warga Pahang dan Borneo? Sertai uji bakat Calpis Soda One in A Million, dalam pencarian suara bernilai sejuta ringgit Malaysia yang seterusnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 24 Mar 2025
Hiburan Tue, 11 Jun 2019

Universal Music Malaysia Ungguli Carta Muzik Malaysia Aidilfitri Ini

Universal Music Malaysia (UMM) ungguli carta muzik Malaysia pada musim raya ini dengan lagu hit terkini & lagu raya klasik nyanian lagenda seperti Tan Sri P Ramlee, Saloma, Sudirman, M.Nasir, Sharifah Aini & Faizal Tahir.  […]

Hiburan Wed, 25 Sep 2019

Uriah See Carries the Malaysian Pride by Being the Only Non-Chinese National in China’s “Super Vocal Season 2”

Uriah See reaps the fruits of his labour and rises across different shores.

Trending Fri, 21 Sep 2018

Got mouth ulcers? Try these 5 home remedies proven to relieve those painful sores FAST!

Fact: Mouth Ulcers are more commonly found in women than men!

Kisah Viral Tue, 6 May 2025

Tragedi Rebut Tempat Minta Sedekah: Lelaki OKU Lembam Didakwa Memb*n*h

rebut tempat sedekah, OKU lembam didakwa membunuh

Hiburan Thu, 16 Oct 2025

Bergabung, Meletup! Jalin Kolaborasi, Aliff Syukri Sambar Sally Whoo

Wah, Aliff Syukri bergabung dengan Sally Whoo!

Hiburan Thu, 19 Jul 2018

Pengecasan Pantas iPhone Tidak Akan Dijual Secara Berasingan Tahun Ini

Pengecasan pantas menjadi satu kekurangan yang terdapat pada peranti iPhone. Pengguna iPhone terpaksa menggunakan alat pengecas MacBook bagi menikmati fungsi itu. Maka ia akan menjadi satu masalah kepada pengguna iPhone yang tidak memiliki MacBook. Berita mengenai alat […]

Drama Wed, 17 Dec 2025

Perempuan Tidak Ternikah Naskhah Sarat Emosi, Tampil Gandingan Mantap Siti Elizad & Yusuf Bahrin

Mampukah seorang bakal ibu bangkit apabila segalanya dirampas daripadanya? Bolehkah hati yang terluka kembali percaya pada kebahagiaan?

error: Content is protected !!