Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 24, 2025 @ 5:56pm

Fattah Amin Dah Bertunang Dengan Amira Othman? Ini Jawapan Empunya Badan

Pelakon popular Fattah Amin memberikan respons terhadap khabar angin yang mendakwa dirinya bertunang dengan penyanyi Amira Othman.

Menyangkal dakwaan terbabit, Fattah mengaku terkejut mendengar berita dia bertunang dengan Amira.

“Memang saya ada dengar. Saya terkejut kenapa tiba-tiba ada berita sebegitu. Memang saya nafikanlah, memang tak betul.

“Saya tak tahu bagaimana berita itu boleh tiba-tiba muncul. Saya tahu daripada kawan-kawan media.

“Saya terkejut, rasa nak tergelak pun ada. Macam tiba-tiba je kan. Mungkin mereka mendengar daripada netizen, mungkin mereka mendoakan saya, tapi saya nafikan semuanya,” katanya.

Fattah ditemui XTRA di majlis pertunjukan fesyen Amber Raya Romantics di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Dalam pada itu, Fattah turut menegaskan hubungan yang terjalin antara dia dan Amira hanya sekadar rakan kerja.

“Pengurus saya ada berhubung dengan pihak pengurusan Amira apabila mendengar berita terbabit. Sudah tentu pihak kami berdua terkejut bagaimana timbulnya berita sebegini.

“Sudah pasti kami tak boleh nak sorokkan jika benar kami bertunang. Hubungan antara kami hanya sekadar teman profesional atas dasar kerja sahaja,” katanya.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan gosip Fattah sudah bertunang dengan penyanyi lagu Hati-Hati itu.

Fattah dan Amira didakwa sudah bertunang dalam sebuah majlis pada Jumaat lepas dan mereka dikatakan bakal mendirikan rumah tangga Syawal ini.

Dalam pada itu, drama Keluarga Itu yang menampilkan lakonan hebat Fattah bersama bintang berbakat lain seperti, Datuk Rosyam Nor, Datin Paduka Umie Aida, Puteri Balqis, Amir Ahnaf, Izara Aishah, Muaz Zabir dan ramai lagi sedang hangat disiarkan.

Jangan lupa saksikan drama lakonan Fattah, Keluarga Itu pada setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 9 malam hanya di TV3.

Episod baharu Keluarga Itu juga boleh ditonton 24 jam lebih awal menerusi strim di Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 22 Mar 2021

Kebenaran Rentas Negeri Perlu Ditangguhkan Sehingga… – Pakar

Harapnya takdelah seminggu selepas raya ye…

Featured Thu, 15 Sep 2022

[VIDEO] “Hensemnya Laki Orang, Gagah!” – Silat Fattah Amin ‘Pukau’ Peminat

Fuhhhh, machonya Fattah Amin bersilat! Untunggg Fazura 🤪

Kes Mahkamah Mon, 10 Jun 2024

Ibu Zayn Rayyan Dibawa Ke Rumah, Lakonkan Semula Kejadian

Polis juga dikatakan membawa anak patung

Trending Tue, 27 Jul 2021

Isu Petik Nama Siti Nordiana di IG Live: Syura, Lan Solo & 3 Individu Serahkan Kepada Peguam

Penyanyi Syura, Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hassim, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin yang dituntut membuat permohonan maaf terhadap penyanyi Siti Nordiana menyerahkan perkara terbabit terhadap peguam […]

Featured Tue, 27 Dec 2022
Hiburan Thu, 9 Jan 2020
error: Content is protected !!