Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 22, 2025 @ 1:32pm

[VIDEO] “Melakonkan Watak Wanita Itu Haram” – PU Syed Tegur Syafie Naswip, Pesan Cari Karakter Lebih Patuh Syariah

Pendakwah bebas PU Syed tampil memberi teguran terbuka kepada pelakon berbakat, Syafie Naswip susulan tindakannya membawa watak wanita untuk sebuah drama.

Menerusi hantaran di Instagram, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, menegaskan bahawa penampilan menyerupai wanita adalah haram dalam Islam walaupun sekadar untuk tujuan lakonan.

“Saya sudah banyak kali suarakan isu ini. Jangan sesekali melakonkan watak wanita sekiranya anda seorang lelaki. Memakai pakaian wanita, meniru gaya atau perilaku wanita, walaupun hanya dalam lakonan, tetap berdosa dan tidak dibenarkan syarak.

“Saya tujukan teguran ini kepada pelakon Syafie Naswip. Kita perlu tahu batas halal dan haram, termasuk jenis watak yang tak boleh dibawa,” katanya.

PU Syed turut memetik larangan jelas dalam Islam yang menentang keras perbuatan meniru jantina bertentangan, sebagaimana sabda Rasulullah SAW.

“Agama melarang perbuatan menyerupai jantina lain. Nabi sendiri melaknat lelaki yang meniru wanita dan begitu juga sebaliknya. Maka gaya sebegini, meskipun hanya untuk hiburan, tidak wajar dipertontonkan,” ujarnya.

Dalam masa sama, PU Syed turut menasihati Syafie agar mempertimbangkan semula pemilihan watak lakonannya agar tidak bercanggah dengan prinsip syariah.

“Saya harap Syafie sedar dan tidak teruskan watak sebegini. Carilah watak yang lebih sesuai, yang patuh syariat. Awak ada bakat besar dan peminat ramai. Jangan sampai ia jadi contoh tak baik kepada masyarakat.

“Pilihlah watak yang lebih selamat daripada fitnah dan tidak mengundang kekeliruan terhadap agama dan identiti diri sendiri,” tambahnya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 13 Apr 2023
Trending Mon, 1 Jun 2020

Kementerian Arah TNB Perjelas Isu Bil Elektrik Melampau

Diharap isu ini dapat diselesaikan dengan kadar segera

Trending Tue, 5 Nov 2019
Trending Wed, 25 Nov 2020
Featured Wed, 13 Sep 2023
Trending Wed, 23 May 2018

Jamal Yunos Arrested Once More

It seems like he is showing some antics again

Hiburan Sun, 24 Nov 2019

赴中国年度盛典领殊荣!玛莎以「最具潜力新人」姿态进军中国

继茜拉成第二位受王炳智力捧的马来歌手,玛莎以「最具潜力新人」姿态 强势进军中国 。

Featured Wed, 10 Sep 2025

Tumpang Bahagia Di Hari Pernikahan Amira Othman & Fattah Amin, Uyaina Arshad Pesan Netizen Jaga Lisan

Uyaina mohon netizen jaga lisan dan doakan yang terbaik buat Amira, Fattah.

Hiburan Tue, 17 Mar 2026

Dituduh Wanita ‘Gold Digger’, Ameera Khan Tampil Bersuara – “Saya Ada Duit, Tak Bergantung Dengan Lelaki”

Ameera Khan menegaskan dia tidak bergantung kepada mana-mana lelaki dari segi kewangan

error: Content is protected !!