Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 10, 2025 @ 11:21am

Tumpang Bahagia Di Hari Pernikahan Amira Othman & Fattah Amin, Uyaina Arshad Pesan Netizen Jaga Lisan

Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad meluahkan rasa gembira apabila rakannya yang juga penyanyi Amira Othman bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

Kata Uyaina atau nama lengkapnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 32, melihat kegembiraan yang terpancar pada wajah sahabatnya itu membuatkan dia juga merasa bahagia dan terharu sekali gus berharap agar segala urusan menuju hari bahagia itu nanti berjalan dengan lancar.

“Kepada Amira Othman yang disayangi, saya sangat gembira untuk awak. Masyaa-Allah.

“Semoga Allah permudah urusan dan lindungi hubungan kalian hingga akhir waktu. So good to see you semalam and seeing you happy makes me happy too,” katanya.

Dalam hantaran sama, bekas pengacara Wanita Hari Ini itu juga mengambil peluang menitipkan pesanan kepada warganet agar menjaga lisan dan tidak melontarkan kata-kata yang tidak baik dengan perkhabaran gembira tersebut.

Malah, ibu anak dua itu juga menegaskan, kata-kata dan doa yang baik kepada orang lain akan berbalik pada diri sendiri kelak begitu juga sebaliknya.

“Kepada pengguna sosial media yang lain, jagalah lisan dan penulisan kita.. Jangan terlalu cepat melontarkan kata-kata yang tidak baik kerana masa depan kita tidak ada siapa yang tahu.

“Kata-kata kita hari ini mungkin memakan diri kita di kemudian hari. Be kind. Jadilah orang yang baik. Dan doakan yang baik-baik untuk orang lain. InshaaAllah yang baik-baik juga akan datang kepada kita,” ulasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 13 Apr 2022
Featured Tue, 1 Jan 2019

Tidur Cukup 8 Jam Tapi Masih Rasa Mengantuk, Apa Yang Tak Kena?

Rasa mengantuk yang tak berkesudahan bererti ada sesuatu yang mengganggu fikiran anda!

Trending Fri, 4 Jun 2021

Tindakan Undang-Undang Buat Golongan Antivaksin – PM

Haa, jangan hasut orang lain wahai si antivaksin

Hiburan Fri, 6 Mar 2026

“Dulu Merayu Nak Job, Dah Dapat Berlagak!” – Fizz Fairuz Sindir Individu Pandang Orang Atas Bawah

Fizz turut mendakwa individu berkenaan mula menunjukkan sikap berlagak selepas berjaya mendapatkan pekerjaan yang diinginkan

Hiburan Mon, 29 Oct 2018

Tahniah! Tauke Timang Anak Ketujuh

Comelnya anak Tauke Jambu, macam papa atau mama dia ni? Hehe. Tahniah Tauke & Nadia!

Hiburan Tue, 10 Apr 2018

Encik Mimpi Sudah Bersedia Buka Topeng?

Menurut Encik Mimpi, umpama Puteri Gunung Ledang meminta drone dengan kerabat diraja, begitu jugalah dia.

Featured Mon, 30 Jan 2023

Kenang Arwah Suami, BCL Syukur Dicintai Keluarga Mentua – “Kehilangan Ashraf Titik Terendah Dalam Hidup Saya…”

Saat bertemu dengan Ashraf membuatkan saya rasa jauh lebih tenang – BCL 😢 Sayu pula min rasa..

Hiburan Mon, 15 Jun 2026

Hael Husaini Bersuara Isu Album Tertangguh, Tegas Bukan Salah Syarikat Rakaman

Hael menegaskan keputusan menangguhkan pelancaran album itu dibuat atas pertimbangannya sendiri, sekali gus menepis dakwaan yang mengaitkan perkara tersebut dengan syarikat rakamannya.

Featured Thu, 16 Jun 2022

#SeoulSaranghae: BTS ‘Hiatus’, Mahu Fokus Projek Solo

Tak kan lah ‘Hiatus’ kannnnn…. Mau menangis hakak!

error: Content is protected !!