Euforia Bola 2026
Hiburan By: Nurul Hana April 13, 2023 @ 3:37pm

Kolaborasi Wali Band, Floor 88 Bakal Gegarkan Zepp Kuala Lumpur, Mei Ini

Kumpulan popular Indonesia, Wali Band kembali menyantuni peminat Malaysia dengan berkongsi pentas dengan kumpulan populariti di Malaysia iaitu Floor 88 pada konsert Dream Festival Collaboration Vol. 2.

Pemain dram Wali Band, Ihsan Bustomi atau Tomi dalam sesi sidang media secara virtual baru-baru ini berkata, mereka terharu apabila kembali meraih kepercayaan untuk beraksi di Kuala Lumpur

Wali Band bakal beraksi selama satu setengah jam dengan lagu bawaan terbaru mereka yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 20 Mei.
“Jika ditanya mengenai persiapan, kami masih meneliti senarai lagu yang menjadi kegemaran peminat di Malaysia. Kami turut mendapatkan pandangan peminat, terutama di media sosial mengenai lagu yang disukai mereka.

“Dari situ, kami akan rangka konsep persembahan yang bersesuaian untuk memberi kepuasan kepada peminat di sana, apatah lagi kami sudah hampir enam tahun tidak beraksi di Kuala Lumpur,” katanya.

Kolaborasi bersama Floor 88 adalah satu kebanggaan Wali Band kerana dapat berkongsi pentas dengan kumpulan muzik hebat Malaysia yang populariti mereka turut tular di Indonesia.
“Lagu Floor 88 tidak asing bagi kami dan peluang bertemu serta bersilaturahim menerusi Dream Festival Collaboration Vol.2 ini kami anggap sebagai penghargaan besar. Kami senang sekali dapat bekerjasama dengan band yang paling hype di Malaysia ini,” kata Tomi.

Antara lagu popular Wali Band termasuk Doaku Untukmu Sayang, Cari Jodoh, Baik-Baik Sayang dan Ada Gajah Di Balik Batu.

Sementara itu, Floor 88 juga mengatakan tawaran untuk beraksi bersama Wali Band sebagai peluang keemasan, apatah lagi karya kumpulan popular Indonesia itu sentiasa menjadi rujukan mereka.

“Kami bersyukur terpilih untuk berkongsi pentas dengan nama besar seperti Wali Band. Ini peluang keemasan buat kami menimba pengalaman dengan kumpulan yang sudah 24 tahun bertahan dalam industri muzik.

“Sudah tentu kami tidak sabar bertemu pemuzik yang menjadi rujukan kami sejak di bangku sekolah lagi. Berkongsi pentas bersama mereka adalah penghormatan besar dan kami akan buat yang terbaik untuk konsert itu nanti,” kata vokalisnya, Ayie.

Tiket untuk menyaksikan persembahan Dream Festival Collaboration Vol. 2 – Wali Band dan Floor 88 dijual pada harga RM198 (Festival), RM298 (Kategori 2), RM358 (Kategori 1) dan RM5,088 (VIP Box) serta boleh ditempah menerusi laman, ticket2u.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 24 Apr 2020
Featured Mon, 28 Apr 2025

Sebak! Amyra Rosli Doa Misi Kayuhan Ke Makkah Amar Baharin Dipermudahkan -“Berat Hati Melepaskan, Namun Perjalananmu Menuju Cinta Ilahi’

Amyra mengaku dia bukanlah seorang isteri yang cekal dan emosinya sedikit terganggu saat melepaskan suaminya.

Hiburan Fri, 19 Oct 2018

Hebat! Teliti Rancang Masa Depan, Tony Eusoff Dah Mula Bisnes Makanan

Bukan sosej sahaj malah saya menjual makanan sampingan lain juga. Korang dah try ke belum?

Featured Mon, 13 Apr 2020
Hiburan Mon, 12 Jan 2026

Mimi Lana Akui Diri Tak Sempurna, Fokus Berdamai Dengan Keadaan

Mimi Lana menegaskan dia mahu untuk menjalani kehidupan dengan tenang dan menjauhkan diri daripada persekitaran yang dianggap toksik

Featured Thu, 21 Aug 2025

“Moga Pembuli Buka Mulut, Haunt Them Zara!”- Azhar Sulaiman

Azhar Sulaiman, 54, meluahkan rasa penat untuk mengulas isu buli yang sedang tular.

Hiburan Tue, 6 Aug 2019

Apa Kes Bila Yassin Ditahan Polis?

Hakim mendapati ada keraguan dalam kes.

error: Content is protected !!