Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin April 24, 2020 @ 12:00pm

Rugi Sangat Kalau Tak Buat! Ini 10 Amalan WAJIB Buat Di Hari Jumaat

Lipat gandakan pahala terutamanya pada awal Ramadan kali ini jatuh pada penghulu segala hari iaitu pada hari Jumaat.

Dimana, Rasullullah SAW pernah bersabda : Sebaik-baik hari yang matahari terbit pada hari berkenaan ialah pada hari Jumaat. Pada hari itu, Adam telah dijadikan, pada hari itu juga lah ia dimasukkan dalam syurga, dan pada hari itulah ia dikeluarkan darinya.

Oleh itu, jom sama-sama gandakan pahala di hari Jumaat, penghulu segala hari dengan 10 amalan WAJIB buat!

  1. Mandi sunat hari jumaat. Tapi sebelum mandi tu, korang kenalah niat!
  2. Berpakaian kemas
  3. Datang awal ke masjid. Al-maklumlah, nak kena cari parking lagi kan? Tapi musim PKP ni, apalah salahnya korang banyakkan solat-solat sunat dan solat sahaja di rumah.
  4. Membaca Surah Al-Kahfi. Kalau korang boleh hafal 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir, alhamdulillah!
  5. Memakai wangi-wangian
  6. Banyakkan selawat ke atas Nabi. Ambillah masa untuk berselawat sebanyaknya. Hati tenang, pahala pun bertambah!
  7. Banyakkan berdoa. Kerana, terdapat waktu yang mustajab berdoa pada hari Jumaat.
  8. Banyakkan mendengar khutbah atau majlis-majlis ilmu. Kalau korang berada di masjid, elakkan melangkah bahu jemaah lain, hati-hati lalu depan orang yang tengah solat, duduk dekat dengan imam. Kalau boleh, turn off jelah telefon canggih korang tu supaya korang lebih fokus!
  9. Banyakkan bersedekah. Mungkin masa PKP ni korang bolehlah banyakkan bersedekah dengan memberi makanan atau juadah berbuka kepada frontliners kita.
  10. Banyakkanlah berkata perkara-perkara baik. Elakkan mengumpat dan mencarut.

Diharap dengan perkongsian ini, dapatlah kita sama-sama meningkatkan keimanan dan melipatgandakan pahala bersama-sama okay!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 27 Dec 2022
Featured Mon, 10 Apr 2023
Trending Wed, 8 Jul 2020
Featured Sat, 11 Jan 2025

“Saya Curang, Mana Buktinya?” – Zahnita Wilson Nafi Lari Dengan Teman Lelaki Selama 6 Bulan

Kata Zahnita, dia sudah melakukan perkara wajib yang sepatutnya dilakukan oleh setiap isteri

Hiburan Sun, 26 Nov 2023

Famili Duo 3: Enggan Isteri Banyak Bergerak, Fuad Rahman Terpaksa Buang Imej ‘Rockstar’ Demi Tom?

Wahh tak sabar nak tengok persembahan Fuad & Tom malam ni dekat Famili Duo!

Hiburan Sun, 30 Nov 2025
Trending Fri, 6 Sep 2019

The Loch Ness Monster Might Not Be a Monster At All

When fable meets science, this is what we get; an explanation.

error: Content is protected !!