Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin July 26, 2021 @ 3:01pm

Tangisan Farah Ann Di Olimpik 2020, Raih Sokongan Padu Rakyat Malaysia

Linangan air mata mengiringi ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi selepas cabarannya pada penampilan pertama dalam temasya Olimpik berakhir pada Ahad.

Kekalahan Farah Ann di gelanggang gimnastik berakhir selepas gagal melangkah ke pusingan akhir bagi acara individu all around, sekaligus menamatkan aksi pusingan kelayakan keempat yang meletakkannya pada kedudukan ke-53.

“Saya memang sudah cuba yang terbaik, saya sangat bersyukur sampai di sini (Tokyo) dan dapat bertanding (di Olimpik).

“Saya sudah beri segala-galanya, saya puas hati dengan persembahan saya,” 

Bagaimanapun, rata-rata rakyat Malaysia melahirkan rasa bangga dengan persembahan yang dipamerkan Farah Ann di Pusat Gimnastik Ariake, Tokyo semalam.

Malah, netizen dilihat terus memberikan sokongan padu dengan membanjiri komen dan memuat naik kata-kata semangat di laman sosial Twitter sehingga trending pada hari ini.

“You did a great performance for Malaysia..”

Itu antara kata-kata semangat yang diberikan oleh netizen buat ratu gimnas negara, Farah Ann selepas beliau dilihat menangis ketika sesi temu bual bersama media.

 

Untuk rekod, Farah Ann hanya mengumpul sebanyak 48.565 mata selepas empat aparatus yang dijalankan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 27 Oct 2022

Kos Cecah RM167,000, Lana Nodin Jawab Sebab Bedah Hidung Di Korea – “Saya Guna Tulang Rusuk..”

Ibu bapa dan suami beri keizinan. Lana Nodin syukur selepas ini tiada lagi pembedahan hidung

Featured Tue, 12 Aug 2025
Featured Fri, 4 Nov 2022

Yana Lancar Lagu Balada “Escape”, Inspirasi Kisah Cara Mencintai Diri Sendiri

Muncul dengan identiti muzik tersendiri sejak awal kemunculan, Yana yang dahulunya menggunakan nama Shalma Eliana kini terus melangkah jauh mempertaruhkan kelebihan dan bakat yang ada pada dirinya. Selepas beberapa single seperti Janji Terindah, Aroma, Rambang, […]

Hiburan Tue, 31 Dec 2024

CSOIAM: “Buka Telinga, Celikkan Mata… Jangan Undi Sebab Peserta Comel Atau Cantik” – Ziana Zain

Ziana Zain memohon penonton Calpis Soda One in a Million untuk mengundi peserta berdasarkan bakat.

Hiburan Wed, 20 May 2026

“Balik Kerja Dah Tak Kena Soal” – Nabil Ahmad Kongsi Perubahan Drastik Isteri Selepas 13 Tahun Kahwin

Nabil turut sempat berseloroh apabila mengakui dia turut berasa risau dengan perubahan ketara ditunjukkan isterinya itu.

Hiburan Thu, 10 Aug 2023

Farid Kamil, Diana Danielle Sah Bercerai Talak Satu Melalui Google Meet

Semoga mereka berdua bahagia dengan kehidupan masing-masing

Featured Mon, 31 Jan 2022

Tahniah! Neelofa Selamat Melahirkan Baby Boy

Tak sabar nak tengok baby boy Lofa!

error: Content is protected !!