Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 20, 2026 @ 11:07am

“Balik Kerja Dah Tak Kena Soal” – Nabil Ahmad Kongsi Perubahan Drastik Isteri Selepas 13 Tahun Kahwin

Penyampai radio dan pelawak, Nabil Ahmad meluahkan rasa syukur apabila hubungan rumah tangganya bersama isteri, Zira Ayub kini semakin matang dan tenang selepas 13 tahun mendirikan rumah tangga.

Menerusi satu hantaran dimuat naik di Instagram (IG) sebuah stesen radio hiburan, Nabil berkongsi perubahan sikap isterinya yang kini dilihat lebih memahami selain tidak lagi terlalu beremosi seperti sebelum ini.

“13 tahun, Alhamdulillah. Akhirnya isteri saya dah mula tenang. Apa saya buat dia okay saja, dah tak insecure. Kalau saya balik dari kerja dah tak ada soalan yang trigger.

“Sekarang dia dah ada perubahan yang drastik,” katanya.

Bagaimanapun, Nabil turut sempat berseloroh apabila mengakui dia turut berasa risau dengan perubahan ketara ditunjukkan isterinya itu.

“Ke dia dah tak peduli? Risau juga sebenarnya,” selorohnya.

Perkongsian itu mencuit hati ramai apabila rata-rata warganet terhibur dengan cara Nabil bersahaja berkongsi mengenai kehidupan rumah tangganya.

Malah, ramai juga berpendapat perubahan itu mungkin hadir seiring kematangan usia dan kepercayaan yang semakin kukuh dalam hubungan suami isteri selepas lebih sedekad bersama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 23 Aug 2019
Hiburan Sun, 1 Jul 2018

Ed Sheeran Ciplak Lagu Lama?

Saman yang dikemukakan oleh syarikat yang memiliki sebahagian hak cipta lagu itu, Structured Asset Sales, mendakwa lagu Thingking Out Loud dilaporkan sama dengan lagu berjudul Let’s Get It On nyanyian Marvin Gaye.

Featured Mon, 16 Dec 2024
Featured Wed, 18 Jan 2023
Events Sun, 3 Mar 2019

李幸倪终于回马开唱!星途艰辛爸爸很自责

李幸倪终于回马开唱!出道10年星途艰辛,让爸爸很自责是否给女儿选错了路~

Featured Wed, 1 Feb 2023
Featured Thu, 23 May 2024
Hiburan Mon, 20 Oct 2025

XTRA XSTAR 2025: Lima Finalis Tampil Dengan Identiti Berbeza, Masing-Masing Unik & Berbakat!

XTRA XSTAR 2025 semakin menghampiri episode akhir pada 31 Oktober 2025

error: Content is protected !!