Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 23, 2024 @ 11:01am

Tahniah! Dapat Baby Boy, Mia Ahmad Selamat Bersalin Anak Ke-4

Pelakon Mia Ahmad selamat melahirkan cahaya mata keempat baru-baru ini.

Berita gembira itu dikongsi suaminya yang juga pemain bola sepak, Mohd Izham Tarmizi menerusi hantaran di Instagram miliknya.

“Syukur alhamdulilla, wife saya selamat melahirkan anak keempat kami pada 5.30 petang, 21 Mei 2024.

“Terima kasih yang mendoakannya, semoga semuanya dipermudahkan segala urusan. #babyboy,” katanya.

Menerusi hantaran tersebut, Izam berkongsi foto miliknya sedang mendukung bayi mereka, bagaimanapun wajah bayi tersebut tidak didedahkan.

 

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikutnya serta beberapa barisan pemain bola sepak menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan agar Mia dan bayi mereka berada dalam keadaan sihat.

Untuk rekod, Mia atau Samihah Ahmad Baderi, 36, mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Izham pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu, Sayf Issa, 5 Iriss,3 dan Imaani yang masih berusia setahun.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 19 Jul 2024
Featured Thu, 12 Jan 2023

Cara Cakap Kena Tegur, Netizen Terhibur Dengar Maryam Durian Kimchi Mengucap

Comel je Maryam ni! Banyak dah improvement cakap BM

Hiburan Fri, 16 Nov 2018

Memori Lama Bertandang Kembali Dalam ‘Seribu Rindu’

Adakah Maisarah akan kembali dibuai perasaan cintanya terhadap Airel atau tetap memilih Irfan yang setia? Ketahui kesudahannya drama 28 episod arahan Zamri Zakaria ini di slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam.

Hiburan Mon, 18 Mar 2019
Hiburan Tue, 17 Dec 2024
Hiburan Tue, 25 Dec 2018

#mentor7: ‘Ya, Saya Memang Kenal Datuk Syafinaz Sebelum Ini’ – Lazarul

Saya sedar ramai yang bertanyakan hal ini dan terbaca mengenainya di blog-blog hiburan.

Hiburan Fri, 1 Sep 2023
error: Content is protected !!