Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 30, 2023 @ 12:40pm

Bakal Meriahkan Aidilfitri Dengan Konsert Anjuran DFP, Bob Yusof Akui Gemuruh… Janji Bawa Kelainan Dalam Lagu Raya

Pentas berprestij Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) bakal mengadakan Konsert Raya Sepanjang Zaman di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Kuala Lumpur City Centre (KLCC), pada 6 Mei ini.

Konsert yang bakal memeriahkan Aidilfitri  kali ini juga bakal menampilkan barisan artis yang hebat seperti, Bob Yusof, Datuk Hail Amir, Ziana Zain dan Sanisah Huri.

Teruja berpeluang untuk terlibat dalam konsert kali ini, penyanyi Bob Yusof bagaimanapun mengakui gemuruh untuk menyampaikan lagu-lagu dari penyanyi bernama besar seperti Datuk Sharifah Aini.

Namun, dia juga menganggap peluang berkongsi pentas bersama legenda muzik sebagai suatu penghormatan buatnya.

“Saya akui, tugasan kali ini bukan mudah. Namun, mereka yang menyaksikan persembahan kami nanti pasti melihat kelainan apabila lagu raya didendangkan dengan iringan muzik orkestra.

“Saya akan cuba sehabis baik untuk sampaikan lagu penyanyi bertaraf legenda ini dengan cara saya sendiri.

“Sharifah Aini antara nama yang cukup besar. Lagu raya yang didendangkan arwah cukup sinonim dengan kita semua.

“Terus terang saya katakan saya gemuruh apabila diberi tanggungjawab  menyanyikan semula lagu raya yang dipopularkan beliau.  Tetapi saya akan beri yang terbaik,” katanya.

MPO dan barisan penyanyi terbabit akan mendendangkan medley lagu raya popular daripada Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Datuk Sharifah Aini dan Datuk M Nasir yang pasti menggamit nostalgia.

Terdahulu, MPO turut tampil menjayakan Konsert Cahaya Aidilfitri yang dipersembahkan pada Aidilfitri tahun lalu.

Malah, Konsert Raya Sepanjang Zaman ini juga dikatakan kesinambungan kepada konsert tersebut selepas meraih kejayaan yang luar biasa, pada tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hail Amir Tidak Tolak Rezeki, Masih Aktif Menyanyi – “Itu Ubat & Terapi Saya”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 29 Jan 2026

“Cinta Pada Mama Melebihi Segala Yang Saya Cinta Di Dunia” – Puteri Aishah Reda Pemergian Ibu Tersayang

Puteri Aishah menyifatkan ibunya itu sebagai insan paling disayanginya di dunia.

Featured Tue, 10 May 2022

Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Timang Cahaya Mata Ketiga

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin dapat anak ketiga

Hiburan Thu, 9 Jan 2020

Suami Bella Dally Diserang Virus Influenza

Suhu badannya juga agak tinggi dan perlu pemerhatian doktor sehingga pulih.

Featured Tue, 23 Aug 2022
Featured Tue, 21 Mar 2023
Trending Thu, 10 May 2018

Dinobat Sebagai Puteri Muslimah Asia 2018, Uyaina Bangga Harumkan Nama Malaysia

Kemenangan itu melayakkan Uyaina membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000, tiara dan trofi.

Selebriti Tue, 19 Sep 2023
error: Content is protected !!