Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 17, 2023 @ 12:20pm

Hail Amir Tidak Tolak Rezeki, Masih Aktif Menyanyi – “Itu Ubat & Terapi Saya”

Penyanyi popular era 1970-an, Datuk Hail Amir masih menerima tawaran untuk menjayakan persembahan nyanyian sehingga kini.

Menurut Hail atau nama sebenarnya, Abdul Hail Amir, dia bimbang sekiranya menolak sebarang tawaran atau rezeki, kemungkinan selepas ini tiada lagi peluang untuk menyanyi.

Penyanyi yang kini sudah berusia 75 tahun itu turut meluahkan rasa syukur apabila masih lagi menerima undangan untuk membuat persembahan dalam mana-mana acara biarpun pernah berdepan serangan jantung sebelum ini.

“Rezeki ini kalau ditolak, susah untuk dapatkan semula. Tuhan marah sangat sesiapa yang tolak rezeki. Alhamdulillah, sungguhpun saya sudah lama tidak menjayakan konsert, saya tetap menerima undangan dan tawaran untuk membuat persembahan dalam pelbagai acara.

“Januari lalu, saya ada menjayakan persembahan di Brunei selama seminggu. Selepas itu, saya juga ada pergi ke Sarawak, Sabah dan Perak untuk memenuhi undangan membuat persembahan nyanyian.

“Tawaran untuk membuat persembahan itu masih ada dan berterusan sehingga kini. Kalau hujung minggu ada juga dalam satu atau dua tawaran, Alhamdulillah itu rezeki,” katanya.

Selain itu, pelantun lagu Wajah Kesayangan Hamba menganggap menyanyi di hadapan penonton sudah menjadi terapi buat dirinya.

“Semangat menyanyi saya masih kuat. Dalam usia ketika ini, kalau ada tawaran untuk menjayakan sebarang persembahan saya sangat gembira.

“Itu juga sebenarnya adalah ubat dan terapi saya, kalau tidak saya hanya duduk di rumah sahaja tanpa sebarang aktiviti.

“Apabila dapat kembali menyanyi di hadapan orang ramai, saya rasa sangat selesa dan perasaan gemuruh itu tiada,” jelasnya.

Perkongsian tersebut telah dibuat oleh Hail ketika ditemui di sidang media Konsert Raya Sepanjang Zaman anjuran Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) di Hotel Traders, Rabu lalu.

Dalam perkembangan lain, Hail bakal tampil menjayakan Konsert Raya Sepanjang Zaman anjuran MPO yang dijadual berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada 6 Mei depan.

“Saya berbesar hati apabila dipanggil untuk menyanyi bersama dengan MPO. Saya fikir sudah lama tidak menyanyi dengan orkestra, jadi saya ucapkan terima kasih kepada MPO kerana sudi menjemput saya,” katanya.

Konsert yang bakal dikemudikan oleh Konduktor MPO, Ahmad Muriz Che Rose turut menampilkan beberapa penyanyi lain iaitu Sanisah Huri, Ziana Zain dan Bob Yusof.

MPO dan penyanyi terbabit akan mendendangkan medley lagu raya popular daripada Datuk M Nasir, Allahyarham Datuk Sharifah Aini dan Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang pasti akan menggamit nostalgia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 25 Nov 2025

“Saya Nak Maafkan Atau Tak, Itu Rahsia Saya Dengan Allah” – Fazura

Fazura memilih untuk tidak mengambil pusing terhadap kritikan dan kata-kata kurang manis yang dilemparkan kepadanya sejak kebelakangan ini.

Hiburan Tue, 23 Apr 2019

“My Father Allowed Me to Sing His Songs…” Says Syafiq Farhain

His late father, Saleem, had apparently given his blessing long ago…

Hiburan Tue, 5 Nov 2019
Hiburan Sat, 28 Mar 2026

“Dia Pernah Duduk Dalam Hati Aku…” – Mamat Sepah tak Selesa Nama Jep Terus Dikaitkan

Mamat menegaskan kenangan bersama Jep dan Shuib Sepahtu bukan sesuatu yang mudah dipadam.

Featured Sun, 10 May 2026

Netizen Dakwa Nabila Huda Berlakon ‘Biasa Je’, Puteri Aishah Tampil Backup – “She Is Very Talented! Kalau Tak Pernah Berlakon Jangan Judge”

Puteri Aishah tampil mempertahankan Nabila Huda selepas seorang individu mendakwa lakonan aktres berkenaan sekadar ‘biasa sahaja’.

Events Fri, 25 Apr 2025
Featured Wed, 30 Jul 2025

Netizen Sebak! Uyaina Arshad Ucap Selamat Tinggal Selepas 9 Tahun Bersama Program WHI

Uyaina memakkumkan keputusan itu adalah daripada dirinya sendiri.

error: Content is protected !!