Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 28, 2024 @ 4:45pm

Shiha Zikir ‘Anak Emas’ TV3? – “Tak Perlu Cakap Begitu, Saya Memang Dilahirkan Dari Program Mentor”

Penyanyi dan pengacara, Shiha Zikir tampil memberi respons apabila timbul dakwaan yang mengatakan dia merupakan ‘anak emas’ stesen televisyen TV3 gara-gara sering muncul di program terbitan stesen tersebut.

Bercakap kepada XTRA, Shiha berkata dia tidak terkesan dengan tanggapan tersebut sebaliknya hanya mahu menghasilkan naskah yang berkualiti.

“Saya pernah dengar orang kata saya anak emas, mungkin mereka (penonton) hanya lihat apa yang dipaparkan tetapi apa yang saya lakukan sendiri untuk menaikkan kerjaya orang tidak lihat.

“Tetapi apa yang saya boleh cakap, saya dilahirkan dari Media Prima menerusi program Mentor. Jadi saya rasa tidak perlu sebut perkataan begitu (anak emas) kerana saya memang dilahirkan dari TV3.

“Alhamdulillah, stesen TV3 sentiasa beri peluang kepada saya dalam bidang nyanyian, lakonan dan pengacaraan. Saya amat hargai perkara itu,” ujarnya.

Shiha ditemui pada sesi temuramah bersama pelakon sitkom komedi terbaharu terbitan TV3, Jabatan Call Centre (JCC) di Glenmarie, Shah Alam, baru-baru ini.

Ditanya mengenai tanggapan segelintir selebriti yang menjaga eksklusif dan selektif, pelantun lagu Irama ini menjawab bergantung kepada pandangan masing-masing.

“Masing-masing ada pendirian, saya tidak pernah persoalkan tindakan mereka. Sebab kena faham, sesetengah selebirti mahu menjaga ekslusiviti mereka.

“Namun untuk saya, kalau sering nampak di kaca TV bermaksud saya gembira dan mahu buat perkara itu.

“Ada juga drama yang saya tolak, tidaklah saya sapu semua. Saya menolak kerana merasakan watak itu kurang sesuai dengan kemampuan. Kalau mana nampak saya terima job itu bermaksud saya seronok.

“Kalau saya tidak muncul, nanti ada pula kata tiada job. Kalau selalu keluar pun ada yang bercakap. Susah nak puaskan hati semua orang,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Shiha Zikir Dedah Pernah Diganggu Kaum Sejenis – “Awalnya Macam Okay, Lama-Lama Rasa Macam Pelik”

ARTIKEL BERKAITAN: “Restoran Nasi Ayam Buka Seperti Biasa, Tapi Kawan Mengadu Kedai Tutup” – Shiha Zikir Berdepan Dengan Gangguan ‘Halus’ 

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 Sep 2025

Suhu Cecah 40 Darjah, Abby Abadi Disahkan Kena Influenza

Abby Abadi disahkan hidap virus Influenza, dikejarkan ke hospital sejurus selesai konsert Elite

Featured Wed, 6 Apr 2022

‘April Fool’ Tarikh Rasmi Dr Soo Wincci Dilantik Sebagai Profesor Madya

Penyanyi Dr Soo Wincci mencipta sejarah apabila menjadi Miss World Malaysia yang pertama dilantik sebagai Profesor Madya dalam bidang muzik. Pelantikan tersebut melayakkan Wincci mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) pada 1 April lalu. […]

Hiburan Mon, 15 Oct 2018

Cantiknya! Misha Omar Kini Berhijab

Cantiknyaaaaa Kak Mitch!

Events Fri, 26 Apr 2019

Ingin Menjadi Bintang? Serlahkan Bakat Di Nova Academy

Jadikan impian korang satu kenyataan!

error: Content is protected !!