Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 10, 2025 @ 8:08pm

Gara-Gara Tinggal Komen Sokong ZRA, Namron & Fazura Dikritik… Respons Namron: “Saya Tak Tunggang Agama, Isu Mahupun Orang”

Pelakon dan pengarah, Namron seakan-akan memberikan respons susulan kecaman yang diterimanya selepas bertindak memuat naik hantaran di platform Threads miliknya dengan menyatakan pendirian terhadap kenyataan wartawan yang juga salah seorang peserta sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF), Zainal Rashid Ahmad atau lebih sohor dengan akronim,  ZRA.

Tindakan Namron itu ternyata mencetuskan perdebatan hangat apabila ada pihak yang menuduhnya sebagai individu yang ‘menunggang isu’ para sukarelawan Malaysia yang terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan itu.

Menerusi hantaran tersebut, Namron atau nama lengkapnya, Shahili Abdan, 55, menyatakan sokongannya terhadap ZRA mengenai kenyataan yang dia tidak menadah muka untuk kemasyhuran.

“Respect ZRA. Dia tidak menadah muka untuk kemasyhuran,” tulisnya.

Menyedari tindakannya itu dikritik, pelakon filem Qifarah itu bagaimanapun tampil membuat kenyataan bersifat sarkastik menyatakan dirinya tidak menunggang agama, isu mahupun orang.

Bukan itu sahaja, pelakon terkenal Nur Fazura juga turut menjadi perhatian apabila dilihat meninggalkan emoji hati pada hantaran sama milik Namron sekali gus membuatkan peminat berasa kecewa dengan tindakannya itu.

Bagaimanapun, terdapat segelintir yang tampil mempertahankan pelakon jelita itu apabila menyifatkan Fazura adalah antara selebriti yang lantang menyuarakan isu Gaza.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 8 Mar 2026

KAFA Pendidikan Khas Murid Masalah Pendengaran Dilancar, PU Riz Puji Semangat Murid OKU Pelajari Agama

PU Riz kagum terhadap kesungguhan murid bermasalah pendengaran yang mengikuti Kelas Al-Quran dan Fardu Ain Pendidikan Khas.

Featured Wed, 12 Oct 2022
Hiburan Fri, 22 Nov 2019

Tiada Penangguhan Lagi, Farid Kamil Masuk Penjara

Semoga Datuk Farid Kamil dan keluarga tabah menunggu tempoh 9 bulan berlalu.

Featured Thu, 22 Jun 2023

Nikki Palikat Tampil Dengan Lagu ‘Panas’

Nikki Palikat buat comeback guys

Featured Sat, 26 Apr 2025

Nikki Palikat Curah Perih Dalam ‘Malam Nestapa’

Nikki Palikat sedia menyahut cabaran apabila diberi kepercayaan menyanyikan lagu OST Filem Gayong ini.

Featured Thu, 14 Dec 2023

Zayn Rayyan Dipercayai Masih Hidup Pada 5 Disember Selepas 5 Jam Dilaporkan Hilang

Allahu, apalah agaknya kisah sebenar disebalik pembunuhan adik Zayn Rayyan ni😥

Featured Wed, 12 Oct 2022

MK K-Clique Berlatih Jadi Pengantin, Netizen Tawar Diri Jadi Isteri

Siapa lah yang bertuah dapat jadi suri hati MK ni kan?

Trending Mon, 29 Aug 2022
Trending Tue, 25 Jan 2022

Tawaran CNY tonton CINEMA: Sewa 1 Filem Korea dan Percuma 1 Filem Cina!

Bersempena dengan Tahun Baharu Cina atau Lunar New Year, tonton CINEMA menawarkan pakej menarik kepada pelanggan setianya iaitu sewa satu filem Korea, percuma satu filem Cina. Untuk melayakkan pakej ini, mereka perlu melayari laman sesawang […]

error: Content is protected !!