Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 26, 2025 @ 2:13pm

Nikki Palikat Curah Perih Dalam ‘Malam Nestapa’

Bukan mudah menghidupkan sebuah lagu penuh rasa apatah lagi bila dicipta khusus untuk tayangan filem.

Namun, penyanyi Nikki Palikat sedia menyahut cabaran apabila diberi kepercayaan menyanyikan lagu bagi runut bunyi filem Gayong, berjudul Malam Nestapa.

Lagu ciptaan Leonard Yeap dengan lirik nukilan Raihani Mohd. Saaid dan terbitan David Koon ini menjadi pengalaman baharu buat Nikki, yang pertama kali menyanyikan OST untuk sebuah filem.

“Malam Nestapa menggambarkan penderitaan yang sangat mendalam sampai ke tahap hampir hilang harapan.

“Tapi dalam gelap malam itu, ada sekelumit kekuatan yang menghidupkan semula jiwa,” kata Nikki menyelami emosi lagu tersebut.

Bagi Nikki, lirik lagu ini cukup menyentuh hati terutamanya bila menggambarkan seseorang yang hampir rebah, namun tetap berpegang pada ikrar perjuangannya.

Lagu ini mengingatkannya pada lagu Terasing nyanyian legenda Sudirman Hj Arshad, dari segi penghayatan dan nuansa kemurungan yang dirasai.

“Korusnya paling menyentuh hati saya. Ia menggambarkan saat kita ingin mengalah, tapi tetap bangkit melawan emosi yang menghantui,” tambahnya.

Dari aspek teknikal pula, Nikki turut menimba pengalaman berharga dari komposer Leonard yang disifatkannya sebagai seorang yang sangat tegas terutamanya demi mengekalkan ‘roh’ sebenar lagu tersebut.

“Bila Leonard main piano untuk lagu ini… meremang bulu roma saya. Roh lagu tu terus masuk dalam diri saya. Rakaman cuma ambil dua jam sebab arahannya sangat jelas,” jelasnya.

Menganggap ini adalah satu penghormatan besar buat dirinya, Nikki bagaimanapun berharap penghayatannya dapat menyentuh hati penonton dan pendengar.

“Saya harap Malam Nestapa mampu beri keadilan pada naskhah hebat ini.

“Terima kasih kepada SOL Pictures dan penerbit eksekutif Gayong, Khairul Anuar Latip atas kepercayaan ini,” ujarnya.

Filem Gayong, arahan Faisal Ishak, mengangkat kisah perjuangan Mahaguru Silat Gayong, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman (ADMAR).

Dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Syafie Naswip, Nabila Huda dan Yayan Ruhian, filem ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 8 Mei.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 26 Feb 2025

Bayar Denda Sebanyak RM3,000… Kes Khalwat Ruhainies, Aliff Aziz Selesai?

Pasangan terbabit membayar denda sebanyak RM3,000 setiap seorang berhubung kes khalwat.

Hiburan Wed, 21 Mar 2018

Mesej Berbaur Seks, Zarina Anjoulie Beri Amaran Pada Jantan Gatal

Dan, perkongsian ini sahaja telah mendapat 5,932 likes dan 606 komen dari pengikut beliau melalui laman instagram tersebut yang majoritinya wanita

Hiburan Wed, 13 May 2026

Ulasan Konsert: Bukan Pada Nada, Fauziah Latiff Membuktikan ‘Kemenangan’ Sebenar Apabila Kekal Dicintai Pendengar

Mungkin nada suara berubah seiring dengan waktu. Mungkin zaman juga sudah berbeza. Tetapi aura, keikhlasan, keramahan dan jiwa seorang Fauziah Latiff tetap sukar digantikan.

Trending Wed, 5 Sep 2018
Hiburan Wed, 27 Feb 2019

Telefilem best di TV3 yang korang wajib tonton!

Untuk korang yang tak tahu, telefilem yang dipaparkan di TV3 sememangnya mencuit hati tetapi penuh dengan mesej positif. Kalau korang tak percaya, korang boleh nilai dan tonton sendiri.

Hiburan Mon, 25 Nov 2019

“Nampak Je Keras Tapi…” -Emelda Rosmila Tunjuk Perangai Adlin Yang Orang Tak Tahu

Teringat masa Adlin jadi juri tetap Akademi Fantasia! Teguran tegas tapi membina!

Hiburan Fri, 6 Jul 2018

‘Kita Dah Pernah Tegur, Sekarang Dia Terimalah Kesannya,’ – Wakil FMC

Eksekutif Pemasaran FMC Music, Sam Samin memberitahu syarikat rakaman FMC Music tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut sekiranya isu ini berulang lagi.

Featured Wed, 31 Jul 2024
error: Content is protected !!