Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi February 9, 2023 @ 4:46pm

Bekas Isteri Tumpang Gembira Jiggy Didakwa Bakal Tamat Zaman Duda Bersama Dhabitah – “Saya Dah Tahu Cerita Ni Sejak…”

“Saya tumpang gembira apabila dapat tahu dia sudah temui pasangan dan bakal berkahwin,”

Demikian kata-kata bekas isteri pelawak, Jiggy Masin, pelakon dan pengacara Elly Arifin ketika disoal mengenai spekulasi bekas suaminya bakal berkahwin dengan atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri.

Memetik laporan Harian Metro, Elly berkata, dia mendoakan agar perancangan pasangan itu dipermudahkan.

“Sebenarnya saya sudah tahu cerita ini sejak tahun lepas lagi, tapi bukan daripada mulut dia sendiri. Cuma ketika kami sama-sama terbabit dalam sebuah program di stesen TV tahun lalu, saya ada cakap jangan lupa jemput kalau dah nak kahwin.

“Sebagai bekas isteri sudah tentu saya gembira apabila dia bakal menamatkan zaman solo dengan wanita pilihannya. Lagipun Jiggy juga adalah bekas pemain hoki kebangsaan sebelum ini. Saya percaya Dhabitah boleh menjaga dia lebih baik daripada saya,” katanya.

Dalam pada itu, Elly juga menganggap doanya agar bekas suami bertemu jodoh telah dimakbulkan.

“Saya selalu mendoakan supaya dia temui jodoh dengan cepat sebab saya tak nak dia rasa kesunyian seperti yang saya rasakan sekarang.

“Saya bukan nak cakap yang saya sunyi memanjang, tapi sudah tentu setiap orang perlukan pasangan sebagai peneman. Saya rasa Allah telah makbulkan doa saya,” katanya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila timbul spekulasi yang mendakwa Jiggy dan Dhabitah sedang menjalin cinta dan sedang membuat persiapan untuk ke fasa yang lebih serius.

Untuk info, Elly dan Jiggy pernah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan mengambil keputusan untuk bercerai pada 30 Januari 2020.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 28 May 2025
Hiburan Fri, 25 Nov 2022

“Air Mata Baru Nak Keluar, Sekali Azal Buat Hal…” – Netizen Terhibur Lihat Gelagat Zarina Zainuddin & Azal Azrai

Pasti ramai yang tahu pelakon Zarina Zainuddin yang sering berkongsi berkenaan perkembangan anak-anaknya. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh akaun TikTok @sugehresort yang memaparkan rakaman Zarina sedang bertanya kepada anaknya, Azal Azrai jikalau […]

Hiburan Wed, 19 Nov 2025
Trending Wed, 3 Aug 2022

“Tudung Dah Hilang?” – Kongsi Foto ‘Free Hair’, Isteri Caprice Minta Netizen Bertenang

Netizen keliru dengan imej Farra Innalis sama ada sudah berhijab atau belum.

Featured Mon, 31 Oct 2022
Trending Tue, 23 Jun 2020
Hiburan Sun, 2 Nov 2025
Hiburan Fri, 16 Aug 2019

Fiza Halim Mengamuk Di IG?

Sabarlah ya Fiza…

Hiburan Fri, 3 May 2024

MCMC Siasat Aduan ‘Buka Aib’ Libatkan Kontroversi Aliff Aziz

Kita serahkan pada pihak berwajib lah ye!

error: Content is protected !!