Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi May 3, 2024 @ 3:00pm

MCMC Siasat Aduan ‘Buka Aib’ Libatkan Kontroversi Aliff Aziz

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mengesahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima sejumlah aduan mengenai tindakan berterusan individu tertentu ‘membuka aib’ berkaitan hal peribadi selebriti kontroversi, Aliff Aziz menerusi media sosial.

Menurut laporan Berita Harian, Fahmi berkata, pada masa ini, pihaknya mengarahkan MCMC meneliti kesemua aduan terbabit dan mengambil tindakan sewajarnya, berlandaskan undang-undang.

“Ada yang (mendakwa tindakan lambat diambil dalam kes Aliff Aziz), tetapi perlu diberitahu di sini, aduan (mengenai tindakan buka aib) baru dibuat, mungkin dalam sehari dua ini oleh sejumlah orang awam.

“Ia (aduan) tak boleh datang daripada saya atau MCMC, tetapi daripada orang awam. MCMC akan ambil tindakan jika ada laporan.

“Bukan dengan cara kita ‘tag’ Fahmi Fadzil dalam media sosial, itu bukan laporan. Jadi, pada sesiapa nak buat sebarang aduan, ia perlu dibuat secara rasmi, kemudian kita teliti secara mendalam dan ambil tindakan berlandaskan undang-undang,” katanya.

Tambah Fahmi, setakat ini, pihaknya belum menerima perincian lanjut mengenai aduan terbabit, termasuk jumlah laporan diterima dan individu yang dituduh melakukan kesalahan berkenaan.

Disoal mengenai bidang kuasa MCMC bagi menurunkan kandungan dikenal pasti berkongsi perkara’mengaibkan’, ini jawapan beliau;

“Penting untuk saya sebut di sini, (untuk turunkan sesuatu kandungan), ia bergantung kepada platform (media sosial). Kita boleh minta kerjasama daripada mereka tetapi tidak boleh paksa mereka menurunkannya). Platform hanya turunkan jika ia bersetuju bahawa kandungan (terbabit) melanggar undang-undang.

“Ada masanya, MCMC minta kandungan tertentu diturunkan, tetapi mereka tak berbuat demikian. Jadi bila ornag kata saya kuku besi, itu tak betul…kerana akhirnya bergantung kepada platform sama ada setuju (berbuat demikian),” katanya.

Fahmi yang turut ditanya sama ada kerajaan sedia mengkaji untuk memberikan kuasa sepenuhnya kepada MCMC bagi memadam paparan kandungan berunsur fitnah, hasutan dan kebencian di media sosial, jelasnya, ia akan dipertimbangkan.

“Ketika ini tidak ada lagi (bidang kuasa sedemikian). Kita akan pertimbangkan (pada masa depan),” katanya.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula selepas Aliff ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu.

Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminha itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.

Walau bagaimanapun sebutan pertama kes cerai itu terpaksa ditangguh susulan ketidakhadiran Aliff yang terikat dengan penggambaran drama ‘Terjerat’.

Aliff bagaimanapaun enggan melafazkan cerai pada sebutan kes cerainya dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada hari ini dan mahkamah menetapkan 4 Jun ini sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Sehinggalah pada April, seorang wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine mengakui  ‘kekasih gelap’ kepada Aliff dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.

Menurut Sarah, dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan seorang aktres pada Mac lalu.

Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres yang ditangkap khalwat bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella.

Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

ARTIKEL BERKAITAN: Sering Persoal Diri Sendiri Kenapa Selalu Curang, Aliff Aziz Akui Perlu Dapatkan Bantuan Pakar – “Mungkin Saya Akan Hilang Keluarga Buat Selamanya”

ARTIKEL BERKAITAN: Sikap Bella Astillah Mula Berubah, Terdetik Nak Periksa ‘Archive Chat’… Aliff Aziz Bongkar Malam Kejadian Isteri ‘Kantoi Curang’ – “Hati Saya Remuk, Tapi Ini Kifarah”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Gagal Tahan Sebak Minta Maaf Pada Isteri, Aliff Aziz Perjelas Tindakan Dedah Kes ‘Curang’ Bella Astillah… – “Masa Tu Saya Rasa Marah, Kebencian & Penyesalan”

ARTIKEL BERKAITAN: “Panggil Bini B*b*, P*k*m*k Tapi Kat Mahkamah Tak Nak Lepaskan” – Netizen Bengang Aliff Aziz Guna Kata Kesat Kepada Bella Astillah 

ARTIKEL BERKAITAN: Bukti WhatsApp Antara Aliff Aziz & Ruhainies Didedahkan, Nama ‘Emma’ & ‘Chacha’ Pun Kena Petik Sebab Dakwa Bella Astillah Try Hard?

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 4 May 2018

Selamat Pengantin Baru Azrinaz!

“Saya juga mahu hidup berpasangan seperti kalian semua lengkap melengkapi dalam meniti hari tua,” tulisnya…

Trending Mon, 15 Jul 2019

Lelaki Gila Seks Cabul Kanak-Kanak Di Kedai Runcit, Suspek Kini Diburu Polis

Buat para ibu bapa yang ada anak perempuan kecil, hati hati!

Trending Fri, 21 Jun 2019

Gambar Sekitar Majlis Menempah Bidan Puteri Sulung Yang Dipertuan Agong, Tengku Iman Afzan

Pasangan diraja Tengku Puteri Iman Afzan dan Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah melangsungkan perkahwinan pada tahun lepas dan kini menanti cahaya mata pertama mereka.

Trending Fri, 27 Mar 2020
Featured Fri, 10 Apr 2026

Perselisihan Faham Antara Bekas Isteri & Anak, Ajai Enggan Ulas Lanjut – “Kita Doakan Sahaja”

Ajai, enggan mengulas lanjut menegnai masalah yang berlaku antara bekas isterinya yang juga penyanyi, Nourul Wahab dan anak perempuan mereka, Ayu Nazirah.

Hiburan Wed, 26 Jun 2019

Haneesya Hanee Bengang Adik Dipanggil ‘Gajah’

Apabila di sekolah dia berkurung di dalam tandas dan tak mahu keluar sampaikan ibu saya terpaksa ke sekolah untuk melihat keadaannya.

Trending Sat, 4 May 2019

#SetulusIkhlas: 5 Kisah Menyentuh Hati Ini Pasti Buat Air Mata Korang Bergenang

Lebih sayu, lelaki tua yang dikenali dengan nama Pak Cik Zainal ini  hanya bertongkat namun semangat kental dan kegigihannya mencari rezeki menjual minyak attar dengan harga RM 1.50.

Cahaya Mata Sat, 29 Oct 2022

“Thank You Rafael Jaga Mommy Time Pregnant” – Ketulusan Anak Mawar Rashid Curi Tumpuan

Tular sebuah video pelakon Mawar Rashid bersama anak lelakinya, Raden Muhammad Rafael yang sedang membantunya memakai kasut. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Mawar itu di laman Instagram, dia mengucapkan terima kasih kepada anaknya, Rafael […]

Hiburan Thu, 10 Oct 2019

Mudah! Ikuti Langkah Ini Untuk Tukar Filter Instagram Anda Ke ‘Dark-Mode’

Jom lihat cara-cara untuk tukar Instagram ke Dark-Mode!

error: Content is protected !!