Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 2, 2024 @ 10:47pm

[VIDEO] Gagal Tahan Sebak Minta Maaf Pada Isteri, Aliff Aziz Perjelas Tindakan Dedah Kes ‘Curang’ Bella Astillah… – “Masa Tu Saya Rasa Marah, Kebencian & Penyesalan”

Setelah sekian lama mendiamkan diri, pelakon sensasi, Aliff Aziz akhirnya bersuara terhadap segala kontroversi yang berbangkit selepas ditangkap khalwat bersama aktres, Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Menerusi video pendek podcast The Common Folks, Aliff berkata selama ini dia berdiam diri kerana enggan mengeruhkan keadaan yang telah rumit itu.

“Semua orang nak bercakap, selalunya orang yang bersalah ni dia kena cakap last.

“Kalau saya saling berbalas, isu akan jadi lebih panjang dan serabut,” katanya.

Sementara itu, ketika disoal mengenai tindakannya mendedahkan hubungan sulit isterinya, Bella Astillah dan aktor, Muaz Zabir itu, Aliff mengakui dia menyesal kerana terlalu mengikut perasaan amarah dan ‘dendam’.

“Kenapa keluarkan cerita pasal Bella,” soal The Common Folks.

“Itu satu tindakan yang salah dan saya menyesal. Pada akhirnya, dia (Bella) tetap ibu kepada kedua-dua anak saya.

“Tetapi ketika itu saya dihantui perasaan marah, kebencian (resentment), dan penyesalan,”tuturnya.

Di akhir video tersebut, aktor drama rantaian Ku Akad Kau Dengan Bismillah menangis saat memohon maaf kepada Bella atas kesilapan berlaku curangnya itu.

“I’m sorry,” katanya gagal menahan sebak.

Sebelum ini, Aliff ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies pada 9 Mac lalu di sebuah kondominium mewah.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila wanita mendakwa dirinya kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine mendedahkan mesej-mesej perbualan antara mereka di Instagram.

Susulan konflik tersebut, Bella memfailkan penceraian pada 11 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: Aliff Aziz Lebih 8 Kali Ke Pavillion Suites, Bella Astillah Dedah Bukti Ruhainies Berbohong -“Waktu Tu Mereka Ada Bersama”

Artikel Berkaitan: Ruhainies Sedih Skrip & Jalan Cerita Drama Lakonan Bersama Aliff Aziz Seakan Sama Dengan Kontroversi Dihadapainya Kini – “Tak Pasti Kebetulan Atau…”

Artikel Berkaitan:  Ungkit Tragedi 2019, Ruhainies Didakwa ‘Hasut’ Aliff Aziz Untuk Benci & Ceraikan Bella Astillah? – “Apa Yang Dia Buat Tu Jahat! Lepas Ni Awak Free, Tak Ada Lagi Toksik”

Artikel Berkaitan:  Sarah Yasmine Gelar Aliff Aziz & Ruhainies Hipokrit! Kesal Ibu Dihina Gara-Gara Backup Anak – “Mak Awak Dikecam Sebab Percayakan Anak Lelaki Dia”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 29 Sep 2020

Dua Lagi Pelajar Disahkan Positif Covid-19

Langkah keselamatan perlu ditingkatkan

Hiburan Wed, 5 Jun 2019

Syawal Tetap Ceria Walau Tanpa Suami

Alhamdulillah, anak sudah besar dan mereka faham situasi yang berlaku, tanpa perlu saya menjelaskan apa-apa.

Kisah Viral Sun, 9 Apr 2023
Trending Wed, 21 Oct 2020
Featured Wed, 22 Dec 2021

3 Tahun Berkahwin, Shila Amzah Fail Cerai

Penyanyi Shila Amzah, 31, mengejutkan ramai dengan berita dia sudah memfailkan perceraian dengan suami, Haris Idraki Elias. Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah memaklumkan perkara itu menerusi hantaran terbaru di Instagram miliknya pada Selasa. […]