Hiburan By: SGMS Faida June 5, 2019 @ 4:37pm

Syawal Tetap Ceria Walau Tanpa Suami

Apa juga dugaan yang dilalui, hidup perlu diteruskan. Bagi penyanyi Ziana Zain, kedatangan 1 Syawal tetap disambut ceria, meskipun tanpa suami di sisi.

Pemilik nama lengkap, Siti Roziana Zain, 50, berkata, dia tidak merasai sebarang perbezaan selepas berpisah pada 12 Julai lalu, malah persiapan tetap dilakukan sama seperti tahun terdahulu.

“Bagi saya, kedatangan hari raya perlu disambut dengan penuh kesyukuran. Ia hari meraikan kemenangan umat Islam selepas sebulan berpuasa.

“Sebagai ibu tunggal, fokus semestinya diberikan lebih pada anak. Alhamdulillah, anak sudah besar dan mereka faham situasi yang berlaku, tanpa perlu saya menjelaskan apa-apa.

“Perkara paling penting, kita kena sentiasa positif dan pandang ke hadapan kerana mahu atau tidak, kehidupan perlu diteruskan,” katanya.

Ziana berkata, dia hidup gembira bersama empat anaknya iaitu Muhammad Aiman, 18, Muhammad Ammar, 14, dan pasangan kembar, Muhammad Ariel serta Siti Nur Kaseh, 9.

Bagi penyanyi Madah Berhelah itu, dia bersyukur dikurniakan keluarga yang akrab dan sentiasa mengambil tahu antara satu sama lain.

“Adik-beradik saya semuanya gila-gila, ditambah pula dengan kerenah anak buah, membuatkan saya tidak pernah kesunyian.

“Keluarga saya sentiasa meriah, bising dan ceria. Ada sahaja perkara yang kami lakukan bersama-sama, terutama pada musim Aidilfitri.

“Daripada mengenang episod sedih, lebih baik saya hargai orang yang ada di depan mata. Mereka ini sentiasa bersama memberikan sokongan tidak berbelah bahagi,” katanya.- BH Online. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 3 Apr 2019

Sibuk Di Kolej Tak Halang Syafiq Popularkan Single ‘Sakit’

Single sulungnya ini merupakan ciptaan Candy Rozie ini sebagai ‘salam’ pengenalannya kepada muzik Nusantara.

Events Mon, 6 Jun 2022

Pernah Menempa Nama Sebagai Penyanyi, Dunia Seni Hanya Minat Bagi Erna Elliyana

Usahawan Erna Elliyana Rosli, 33, yang sebelum ini pernah terlibat dalam dunia seni sebelum memberi fokus penuh terhadap dunia perniagaan mengakui hatinya masih tertutup untuk kembali memeriahkan bidang nyanyian dan lakonan. Bagaimanapun Erna berkata, sekiranya

Hiburan Sat, 8 Jun 2019
Hiburan Wed, 30 Jan 2019
Events Tue, 23 Apr 2019
Featured Tue, 28 Feb 2023
Hiburan Tue, 23 Jul 2019

iKON Departs for Japan, Leaves Fans Heartbroken

Such a sad day for iKONICs! Be strong!

Featured Sun, 13 Feb 2022

| Live TV