Kisah Viral By: Padin April 9, 2023 @ 4:54pm

Sorok Kisah Cerai, Siti Jamumall Mohon Henti Buat Fitnah

Pempengaruh dan usahawan, Siti Jamumall, 24, atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin mendedahkan dia dan suami, Mohammad Syafiq Irfan Azman sudah bercerai dengan talak satu sejak tahun lalu selepas empat tahun berkahwin.

Memetik laporan mStar, Siti menjelaskan status dirinya selepas timbul banyak persoalan dalam kalangan warganet.

“Saya sudah lama bercerai, jadi berhenti buat fitnah. Perceraian ini sakit. Walaupun apa yang dilihat dan dilalui ini mengganggu emosi, saya simpan dan tak beritahu sesiapa kecuali keluarga dan rakan rapat saja.

“Dulu lagi saya jenis tak kongsi kisah peribadi terutama rumah tangga. Cuma sejak kebelakangan ini saja apabila saya buat sesi siaran langsung di TikTok, ramai bertanya mana suami, lama tak muat naik gambar dan video bersama, jadi saya rasa ini masa terbaik untuk saya kongsikan perkara sebenar.

“Lagi pula saya pun dah habis edah dan simpan perkara ini lama. Dalam masa sama, nak elakkan fitnah berlaku.

“Jadi, saya tak nak lagi ada komen bukan-bukan. Sebab mereka tak tahu apa-apa. Saya tak nak ada fitnah berlaku,” katanya.

Berkahwin pada 2019, pasangan ini dikurniakan dua anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 4; dan Putra Aiman Zafran, 2.

ARTIKEL BERKAITAN: Hebat! Majlis Perkahwinan Pengasas Jamu Mall Dapat Tajaan RM500,000

ARTIKEL BERKAITAN: “Marketing Lebih! Nampak Sangat Nak Tunjuk Satu Malaysia B*doh…” – Micheal Ang Anggap Siti Jamumall Propa Gara-Gara Kecewa ‘Bleach’ Rambut

Tambah Siti, episod perceraian yang berlaku memberikan impak besar terhadap diri dan kehidupannya.

“Apa yang berlaku ini memberi impak besar kepada kehidupan saya. Saya hanya berkongsi perkara ini kepada keluarga dan rakan rapat saja. Mereka yang banyak berikan sokongan dan semangat untuk teruskan kerjaya.

“Saya dari umur 16 tahun dah biasa berdikari dan cari rezeki. Bila bercerai ini, hidup perlu diteruskan. Saya sentiasa ingat pesan mak, menjadi perempuan macam mana kaya pun suami, tapi kena ingat kena ada duit sendiri dan cari duit sendiri.

“Jadi apabila bercerai, saya sedar ia sangat penting. Kalau contoh saya tak ada apa-apa, mungkin sukar untuk saya teruskan hidup dan besarkan anak-anak. Saya mencari rezeki untuk besarkan dua anak lelaki. Saya yakin ramai juga ibu tunggal yang kuat untuk membesarkan anak-anak.

“Saya buat berniaga dan buat sesi siaran langsung. Tujuan saya untuk mencari rezeki halal untuk anak-anak. Saya tak baik mana, banyak jahat saya, saya tahu. Kalau anda tengok saya memekik dalam ‘live’, itu adalah kandungan yang dibuat semata-mata,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Jamumall ‘Ditidurkan’, Syukur Selamat Jalani Pembedahan… Tapi Ada Yang Tuduh Pura-Pura Sakit!

ARTIKEL BERKAITAN: Sempena Birthday Ke-23, Influencer Terketar Dapat Hadiah Lamborghini Huracán Bernilai RM1.5 Juta

Sebelum ini, majlis perkahwinan Siti dan bekas suami pada 2019 menjadi perhatian selepas mendapat tajaan sebanyak RM500,000.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 30 Mar 2018

Bakal Pengantin Sempat Pergi Menyamun!

Bagaimanapun, peguam Ishak Kari yang mewakili tertuduh merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan tertuduh yang bekerja sebagai pemandu lori akan melangsungkan perkahwinannya bulan depan dan semua persiapan telah dibuat.

Featured Thu, 26 May 2022
Trending Thu, 8 Sep 2022
Featured Wed, 8 Feb 2023
Featured Mon, 16 May 2022

Catat Memori Manis, DFP Raikan Hari Raya Dengan 3 Suara Emas di Konsert Cahaya Aidilfitri

Konsert Cahaya Aidilfitri – A Tribute to S. Atan di Dewan Filharmonik PETRONAS menampilkan 3 suara emas menyanyikan lagu-lagu raya ciptaan S. Atan.

Hiburan Tue, 11 Apr 2023
Trending Mon, 12 Feb 2018

Ahli Parlimen Paya Besar DS Abdul Manan Meninggal Dunia

Ahli Parlimen Paya Besar DS Abdul Manan Meninggal Dunia