Euforia Bola 2026
Filem By: Atiqah Johari February 27, 2024 @ 12:48pm

Grand Brilliance Studio Tampil Dengan Filem ‘Reeza’, Gandingkan Alif Satar & Sophia Albarakbah Sebagai Teraju Utama!

Grand Brilliance Studio Sdn. Bhd. (GBSSB) tidak lagi menoleh ke belakang apabila terus rancak menerbitkan filem ketiga berjudul ‘Reeza’. Kejayaan filem pertamanya, Anak Perjanjian Syaitan 2 yang mengumpul kutipan box-office RM3.5 juta menjadi penyuntik semangat Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan pasukannya untuk terus menghasilkan filem yang memenuhi kehendak para penonton.

‘Reeza’ adalah sebuah filem bergenre romantik komedi aksi yang menampilkan barisan pelakon popular tanah air iaitu Alif Satar, Sophia Albarakbah, Datuk Seri Eizlan Yusoff, Noki K-Clique, Nelissa Nizam, Ropie, Yassin Senario, Man Raja Lawak, Mas Anizan, Cat Farish, Niezam Zaidi dan ramai lagi.

Filem ini telah menjalani penggambaran bermula 7 Feb 2024 dan bakal berakhir pada penghujung bulan ini di sekitar Lembah Klang, Melaka, Pahang, dan Selangor. Antara cabaran utama penggambaran ‘Reeza’ adalah untuk menyiapkan babak aksi pergaduhan dan aksi kereta di dalam cuaca panas yang melanda negara sekarang ini.

Namun, dengan komitmen penuh para pelakon dan krew, semua hampir berjaya dihabiskan dalam waktu yang dijadualkan. Penerbit yakin filem ‘Reeza’ ini mampu memikat hati penonton apabila ia menggabungkan tiga genre popular seperti romantik, aksi dan komedi.

‘Reeza’ mengisahkan tentang seorang seorang lelaki biasa yang hanya berkerja di stor lelongan kereta tarik (auction garage). Walaupun dia adalah pemegang diploma kemahiran, dia lebih selesa bekerja di situ demi menjayakan misi peribadinya. ‘Reeza’ tiada kawan apatah lagi teman wanita. Sehinggalah pada suatu hari ‘Reeza’ telah terjumpa seorang gadis bernama Myra dari dalam bonet kereta yang ditarik ke stornya itu. Apakah nasib ‘Reeza’ selepas itu? Nantikan!

Selain itu, pada pertengahan tahun ini, GBSSB melalui Primeworks Studio akan merancakkan pawagam dengan karya kedua iaitu Saka Perawan, sebuah filem seram komedi yang telah hampir siap sepenuhnya untuk ditayangkan.

Manakala ‘Reeza’ dijadualkan bakal ditayangkan pada penghujung tahun ini. GBSSB ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang telah dan akan memberi sokongan padu kepada semua filem tempatan yang berada di pasaran.

Artikel Berkaitan: Doa Alif Satar Dimakbulkan, Sonny Bill Williams Hadir Ke Program #GengSubuhMacamJumaat Di Putrajaya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 30 Oct 2018

「3.5米巨型Hello Kitty」Our Sanrio Times展览齐集吉隆坡

Sanrio由1960年成立至今,已推出过超过400个成员!家传户晓的Sanrio家族成员,又岂止可爱的Hello Kitty一个,其余300多个成员,你又对他们的认知有几多?

Events Thu, 26 Sep 2024

Tampil Memukau! Bernadya Berjaya Bikin Lebih 900 Peminat ‘Healing’

Tiap bait litik lagu tu memangggg 🔥🔥🔥

Hiburan Mon, 6 Oct 2025
Featured Mon, 29 May 2023
Hiburan Wed, 8 Oct 2025
Hiburan Wed, 19 Apr 2023
Featured Wed, 9 Jun 2021

Tidak Pakai Pelitup Muka, Tajuddin Abdul Rahman Dikompaun RM1,500

Berikutan isu sidang media insiden kemalangan pelanggaran dua tren di Stesen LRT KCC 24 Mei lalu, Bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikompaun RM1,500 kerana gagal memakai pelitup muka semasa […]

error: Content is protected !!