Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd May 4, 2019 @ 1:41am

#SetulusIkhlas: 5 Kisah Menyentuh Hati Ini Pasti Buat Air Mata Korang Bergenang

Keikhlasan merupakan sesuatu yang tidak boleh digambarkan atau dilihat melalui mata kasar. Ikhlas membawa maksud kerelaan melakukan sesuatu dengan tujuan dan niat yang murni tanpa mengharapkan balasan. 

Sering kali kita mendengar kisah  kesempitan hidup yang dialami oleh sesetengah masyarakat yang membuatkan hati kecil kita tersentuh. Kisah- kisah seperti ini membuka mata kita mengenai erti pengorbanan, kesabaran dan mengajar kita untuk lebih bersyukur dalam hidup. 

Ikuti 5 kisah menyentuh hati yang mengajar kita erti ikhlas.

1.Kasih anak kepada bapa, seorang budak lelaki sanggup jual penyapu di stesen minyak 

Di usianya yang masih muda, rakan-rakannya yang lain pasti sedang berseronok dan menikmati masa kanak-kanak yang bahagia tanpa mengalas tanggungjawab berat , namun berbeza pula dengan nasib yang menimpa seorang budak lelaki yang terpaksa membantu ayahnya menjual penyapu diperbuat dari batang buluh dan pohon enau. 

Kisahnya  yang menjual penyapu di stesen minyak berdekatan Taman Sri Semantan, Temerloh dikongsi oleh pemilik Facebook yang dikenali dengan nama,  Nizam Samad 

sumber:https://www.facebook.com/nizam.samad.7/posts/2060288430674487

Isterinya menghampiri budak lelaki tersebut dan sempat menanyakan beberapa soalan sebelum membeli penyapu itu. Menurutnya, kanak-kanak itu menjual penyapu demi membantu bapanya.

Budak lelaki itu dilihat duduk di kaki lima bersama batang penyapu yang dijual. Perkongsian ini mendapat komen positif daripada netizen yang begitu tersentuh hati dengan keadaannya.

Rata-ratanya mendoakan semoga budak lelaki ini dan keluarganya dimurahkan rezeki, tidak kurang juga yang berhasrat untuk membeli penyapu yang dijual di stesen minyak berkenaan demi membantu budak lelaki ini. 

2. Kisah Pemuda Pinjamkan Pak Cik Selipar Di Stesen MRT Jadi Pengajaran

Kadang kala kesusahan hidup masyarakat  yang berlaku di depan mata kita sendiri membuatkan kita sedar akan kealpaan diri. Begitulah yang terjadi terhadap seorang pemilik twitter yang  dikenali dengan nama sharulhafidz. Lelaki ini memuat naik sebuah bebenang perkongsian mengenai kisah seorang pak cik yang ditemuinya di MRT.

Menerusi perkongsiannya di Twitter, lelaki ini memberitahu bahawa pak cik tua itu berkaki ayam kerana seliparnya hanyut dibawa arus longkang selepas solat Maghrib, bersimpati dengan nasib yang menimpanya, Sharul Hafidz memberikan kasutnya buat pak cik itu.

Apa yang lebih menyentuh hati, lelaki ini tidak mentertawakan keadaan pak cik tua itu yang hanya berkaki ayam, sebaliknya menghulurkan bantuan dengan memberikan kasutnya kepada pak cik tersebut.

Mulianya hati pemuda ini!

3. Nasib Pak Cik Cacat Penglihatan Jual Minyak Attar Buat Netizen Sayu

Sebuah perkongsian di Facebook mengenai kisah seorang lelaki tua yang cacat penglihatan yang mencari rezeki dengan menjual minyak attar mendapat ribuan share dan likes. 

Lebih sayu, lelaki tua yang dikenali dengan nama Pak Cik Zainal ini  hanya bertongkat namun semangat kental dan kegigihannya mencari rezeki menjual minyak attar dengan harga RM 1.50 membuatkan netizen bersimpati dan  kagum dengan kecekalannya.

Tersentuh hati membaca komen netizen mengenai keikhlasan hati pak cik Zainal. Walau serba kekurangnya namun beliau tidak sedikit pun merungut dengen kecacatan diri malah gigih mencari rezeki tanpa mengharapkan apa-apa balasan. 

4. Ikhlas Bantu Pelajar Susah, Pasangan Suami Isteri Ini Jual Nasi RM 2

https://www.projekmm.com/news/carimakan/2018/01/09/tidak-rugi-sudah-enam-tahun-buka-warung-rm1/1549441

Sepasang suami isteri di Kulim, Kedah tekad menjual nasi bajet dan lauk serendah RM 2 dan RM 1 demi membantu golongan pelajar sekolah yang kesempitan hidup. 

Pasangan suami isteri, Noor Haliza Mohd Hashim, 44, dan suaminya Mohamad Rozi Ishak, 48 membuka warung makan ini sejak enam tahun yang lalu.

Warung ini dibuka dari pukul 7 pagi sehingga 7 malam malah pelanggan boleh memilih apa-apa lauk yang disukai dengan harga serendah RM 2 dan minuman yang berharga RM 1.

Walaupun menjual makanan dengan harga yang sangat murah namun warung makan ini masih beroperasi sehingga kini, menurut pasangan suami isteri ini warung makan mereka sentiasa dipenuhi dengan pelanggan.

Jika kita ikhlas membantu sesama manusia, nescaya semakin melimpah ruah rezeki dalam hidup. Betul tak?

5. Pak Cik Posmen Rela Berpanas Terik Di Bawah Pokok Demi Customer

Seorang pemilik Facebook dikenali dengan nama Jannah Othman memuat naik status mengenai seorang pak cik posmen yang sanggup berteduh di bawah pokok di tengah-tengah siang mentari.

Lebih menyentuh hati, pak cik  posmen tersebut sanggup menunggu dan berteduh di bawah pokok untuk menelefon customer dan menghantar barangan mereka.

Perkongsian ini menerima sehingga 5.8 k likes daripada netizen yang rata-ratanya respect habis dengan kerja sikap pak cik ini. Walaupun ada yang memandang rendah dengan pekerjaan sebagai posmen namun pekerjannya sangat mulia kerana sanggup melakukan apa sahaja untuk membantu masyarakat sekeliling.

Kisah seperti ini merupakan peringatan untuk kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki.  Keikhlasan sememangnya tidak boleh dilihat tetapi tulusnya sebuah keikhlasan itu dirasai dengan jiwa dan hati yang suci. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 15 Nov 2024
Trending Thu, 1 Aug 2019

这些都是鬼节「你可以」做的事!

农历七月,是民间俗称「鬼门关」大开的日子!到底农历七月有哪些是你可以做的事?

Trending Wed, 27 Feb 2019

Pelanggan gunting beg Louis Viutton gara-gara berang dengan petugas butik itu. 

Jangan pandang pelanggan berselipar tak ada duit! Awas ya!

Trending Wed, 3 Apr 2019

Misteri Kehilangan Acap, Dipercayai Disorok Makhluk Ghaib Di Gua

Sesetengah natizen yang dipercayai mempunyai “ilmu” memberitahu lokasi Acap dan sebab mengapa lelaki itu hilang.

Featured Mon, 22 Jun 2026

Dihentam Ombak Kuat, Space Dollah Hampir M*ti Lemas Di Bali – “Ketika Itu Saya Mengucap Banyak-Banyak”

Space Dollah mendedahkan detik cemas apabila dia hampir kehilangan nyawanya.

Hiburan Tue, 26 Dec 2023
Kes Mahkamah Wed, 2 Aug 2023
error: Content is protected !!