Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari January 13, 2024 @ 5:36pm

“Tyzo Berbakat & Berpengalaman, Jalan Terus Tanpa Peduli Orang ‘Toksik’ Itu!” – Azrul Zaidi Sifatkan ‘Politik’ Stesen Radio Kejam

Heboh di media sosial mengenai penamatan perkhidmatan penyampai radio, Tyzo Xander di Suria FM mendapat perhatian ramai pihak.

Tidak terkecuali, pelawak dan pengacara, Azrul Zaidi tampil membuka mulut apabila mendedahkan pernah berdepan situasi sama di stesen radio berkenaan.

Memetik laporan Harian Metro, Azrul juga menyifatkan ‘politik’ kerja dalam bidang penyiaran radio sebagai kejam jika nak dibandingkan dengan stesen televisyen.

“Saya pun terkejut tiba-tiba Tyzo berhenti di Suria FM. Namun, apabila diamati dan menelusuri perjalanan Tyzo, saya faham dengan jalan ceritanya.

“Kalau tanya saya antara stesen televisyen dengan stesen radio mana satu politik paling kejam? Jawapan saya adalah stesen radio.

“Saya pernah rasa apa yang Tyzo alami serta rakan-rakan lain yang pernah berdepan situasi sebegini,” ujarnya kepada wartawan Harian Metro.

Katanya lagi, penamatan kontrak secara mengejut ini bukanlah perkara yang tidak boleh diterima namun ia cara yang terlalu kejam.

“Bukan tidak boleh menerima hakikat, tapi cara hakikat itu diberi ternyata kejam. Dalam dunia radio kalau mereka dah tak nak, bila-bila saja mereka akan ‘tendang’ (buang).

“Kepada Tyzo, anda ada bakat serta pengalaman. Jadi jalan terus tanpa pedulikan orang yang ‘toksik itu,” katanya.

Artikel Berkaitan: “Kak Lin, Terima Kasih Atas Penganiayaan Ini” – Tular Video Kata Terakhir Tyzo Pada DJ Lin Suria Cinta

Artikel Berkaitan: “Ini Harga Kena Bayar Untuk Kemenangan Penyampai Radio Popular ABPBH35,” – Dedah Dikhianati, Tyzo Tak Reda ‘Dibuang’ Radio

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 29 Dec 2021

“Perjalanan 9 Jam… Penat” – Tular Video Jemaah Umrah Mengamuk Di KLIA

Satu video di TikTok mengenai beberapa jemaah umrah yang memarahi anggota bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tular sejak malam Selasa. Menerusi video yang dimuat naik oleh @uzm_87, ia menunjukkan sekumpulan jemaah umrah […]

Hiburan Fri, 22 Dec 2017

WARIS DIFITNAH HINA MUZIK UNDERGROUND

Peminat muzik underground melabel Waris sebagai seorang yang lupa diri

Hiburan Tue, 11 Jun 2024
Trending Thu, 21 Apr 2022
Hiburan Mon, 26 May 2025

Ejen Ali The Movie 2 Pecah Panggung, Kutip RM15.3 Juta Dalam Masa 4 Hari!

Ejen Ali The Movie 2 Kutip RM15.3 Juta Dalam Masa 4 Hari!

Featured Tue, 28 May 2024
error: Content is protected !!