Euforia Bola 2026
Hiburan By: Atiqah Johari June 11, 2024 @ 5:35pm

Kahwin Kali Kedua, Siti Jamumall Nikah Di Thailand

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Siti Jamumall dikhabarkan telah berkahwin dengan jejaka yang dikenali sebagai Aiman di Satun, Thailand pada awal Jun ini.

Malah, menerusi hantaran video pendek yang dimuat naiknya di media sosialnya menguatkan lagi dakwaan dia telah berkahwin baharu apabila dilihat mengenakan busana pengantin sedondon serba putih.

Namun begitu, Siti tidak menjelaskan secara terperinci mengenai perkahwinannya itu bersama Aiman sebaliknya hanya mengucapkan Alhamdulillah di ruangan kapsyen.

“Alhamdulillah,” tulisnya ringkas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Jamumall (@sitijamumall)

Sebelum ini, Siti bakal bernikah pada 31 Mei lalu dengan seorang lelaki yang baharu dikenalinya namun terpaksa dibatalkan pada saat akhir kerana sebab peribadi.

Malah, dia juga memilih untuk mengunci mulut daripada mengulas mengenai pembatalan majlis tersebut.

Sebelum ini, Siti memaklumkan telah bercerai dengan suaminya pada Disember 2023 selepas empat tahun mendirikan rumah tangga bersama.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 4, dan Putra Aiman Zafran, 2.

Artikel Berkaitan: Jari Patah & Muka Luka, Siti Jamumall Kemalangan! – “Saya Tercampak Ke Jalan Raya & Nasib Tak Digilis Kereta”

Artikel Berkaitan: Netizen Puji Siti Jamumall Uruskan Abang OKU – “Lebih Baik Jaga Abang Berbanding Biawak Hidup”

Artikel Berkaitan: Sikap Culas Bekas Suami Jadi Punca Siti Jamumall Nekad Cerai! – “Pernah Dapat RM50 Saja Nafkah Dalam Masa Setahun, Paling Banyak RM200”

Artikel Berkaitan: Sorok Kisah Cerai, Siti Jamumall Mohon Henti Buat Fitnah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 23 Aug 2025
Featured Mon, 14 Nov 2022

Band K-Pop Popular Korea EPEX Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Pada 6 Januari 2023, Harga Tiket Bermula Dari RM288!

Wow wow wow! Kpop fans where yall at? Jangan lepaskan peluang ini gais 🤩🤩🤩

Featured Wed, 22 Sep 2021
Events Thu, 15 Nov 2018
Featured Wed, 23 Jun 2021

“Nak Pakai Tudung Semula, Tapi Kena Istiqamah Dulu”- Uqasha Senrose

Pelakon jelita, Uqasha Senrose meluahkan  hasrat hatinya untuk berhijrah dan kembali mengenakan hijab. Perkara itu dikongsi Uqasha menerusi satu video Tiktok  yang dimuat naik yang menampilkan pelakon itu tampil sopan dan manis lengkap memakai hijau […]

Trending Wed, 14 Mar 2018

Stephen Hawking Passes Away at Age 76

The iconic physicist, Stephen Hawking has passed away at the age of 76 this morning.

Hiburan Wed, 31 Jul 2019

Wow…Isteri Dedah Sikap Sebenar Alif Satar Di Rumah!

Alif ni macam mana agaknya bila di rumah ya?

error: Content is protected !!