Kisah Viral By: Atiqah Johari December 19, 2023 @ 7:32pm

Jari Patah & Muka Luka, Siti Jamumall Kemalangan! – “Saya Tercampak Ke Jalan Raya & Nasib Tak Digilis Kereta”

Pempengaruh media sosial, Siti Jamumall memaklumkan bahawa dia mengalami kemalangan jalan raya.

Menerusi hantarannya di Facebook, dia berkongsi bahawa dia tercampak ke jalan raya dan bersyukur tidak digilis oleh kereta.

“Siti tercampak ke jalan raya dan nasib tak digilis kereta lain.

“Berderau darah macam nak pengsan semalam dapat wasap dari orang lain hantar gambar Siti accident,” tulisnya.

Dalam pada itu, Siti turut berkongsi foto keadaan mukanya yang mengalami luka akibat kemalangan tersebut.

Malah, dia juga meluahkan rasa kesal apabila ada pihak hospital swasta yang enggan mengambilnya dengan ambulans.

Siti memberitahu dia dirawat selepas dua jam dan mengalami patah pada bahagian jari.

“Paling tak puas hati bila panggil ambulance Colombia hospital datang tengok keadaan taknak pickup sebab tengok keadaan kritikal.

“Last last terpaksa tunggu pulak hospital Kerajaan dan 2 jam masih belum dapat rawatan… end up fedup terus pindahkan ke Avisena.

“Syukur servis Avisena sangat laju… lepas jumpa Dr and x-ray… keadaan Siti patah jari dan luka-luka.

“Terima kasih yang wasap and datang harini… maaf tak sempat nak respond semua,” luahnya lagi.

Artikel Berkaitan: Netizen Puji Siti Jamumall Uruskan Abang OKU – “Lebih Baik Jaga Abang Berbanding Biawak Hidup”

Artikel Berkaitan: Sikap Culas Bekas Suami Jadi Punca Siti Jamumall Nekad Cerai! – “Pernah Dapat RM50 Saja Nafkah Dalam Masa Setahun, Paling Banyak RM200”

Artikel Berkaitan: Siti Jamumall ‘Ditidurkan’, Syukur Selamat Jalani Pembedahan… Tapi Ada Yang Tuduh Pura-Pura Sakit!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 11 Sep 2022
Featured Wed, 24 Apr 2024
Trending Tue, 3 Aug 2021
Hiburan Sun, 10 Dec 2023
Hiburan Thu, 26 May 2022

Pengalaman Berdepan Kanser, Single Cinta Semalam Cerita Pengalaman Hidup Zul Ariff & Kamal Hamidi

Pengalaman berdepan dengan kanser menjadi ilham untuk duo Zul Ariff dan Kamal Hamidi tampil dengan single berjudul Cinta Semalam. Kini disahkan bebas kanser, Zul pernah menghidap kanser darah sekitar lima tahun lalu dan abangnya pula […]

Trending Wed, 23 Jan 2019

只要2张色纸!手作财神爷完整教学

财神到!财神到!财神到你家的大门口~

Trending Tue, 6 Aug 2019

‘Makan Pedas Sampai Meletop’- Cabaran PEDASSS Chick Yun Challenge Myeondong Topokki

Cabaran pedasss chick yun boleh buat perut korang meletop!