Selebriti By: Atiqah Johari June 21, 2023 @ 12:01pm

Hampir Setahun Bertunang, Azri Iskandar Terpaksa Tunda Perkahwinan Dengan Dr. Azra

Setahun mengikat tali pertunangan, pelakon Azri Iskandar memaklumkan bahawa dia terpaksa menangguhkan lagi majlis perkahwinannya bersama individu wanita yang dikenali sebagai Dr. Azra.

Memetik laporan mStar, Azri menyatakan bahawa duit yang dikumpul masih lagi belum mencukupi dan masing-masing sedang sibuk dengan kerjaya.

“Belum sampai masanya lagi… terpaksa tunda sebab terlalu sibuk. Saya pun masih dalam proses kumpul duit lagi.

“Sekarang ini belum ada tarikh muktamad lagi. Saya tak nak kongsi tarikh sebab takut tangguh lagi.

“Biar betul-betul dah bersedia, barulah saya akan umumkan secara rasmi,” jelasnya kepada wartawan mStar.

Walaubagaimanapun, Azri bersyukur bahawa hubungannya bersama Dr. Azra berjalan lancar.

“Alhamdulillah semuanya okay saja. Semuanya berjalan dengan baik, kami tidak pernah bergaduh dan tak ada apa-apa isu,” kongsinya lagi.

Untuk info, Azri pernah berkongsi hidup dengan Ellie Suriati lebih 19 tahun namun telah bercerai talak satu pada 17 Mei tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 14.

Artikel Berkaitan: Ellie Suriaty, Azri Iskandar Cerai Selepas 19 Tahun Berkahwin – “4 Tahun Saya Ambil Masa Fikir Semasak-Masaknya…”

Artikel Berkaitan: “Tunggu Kami Kahwin” – Azri Iskandar Sah Sudah Bertunang

Artikel Berkaitan: “My Love, My Life & My…” – OMG, Romantiknya! Bakal Isteri Beri Ucapan Sweet Sempena Birthday Azri Iskandar

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 3 Dec 2018

Pemandu Grab DiTemui Meninggal Dunia Dalam Kereta Miliknya

Anak mangsa mendapati ayahnya berada di tempat duduk pemandu dalam kereta Proton Saga FLX yang sering digunakan

Hiburan Thu, 18 May 2023
Trending Tue, 16 Mar 2021
Featured Fri, 30 Sep 2022
Trending Thu, 29 Aug 2019

空气污染可能会让人变得更加暴力!

研究人员对美国8600万人的13年数据进行分析后发现,空气污染越严重,暴力犯罪就越多……

Hiburan Tue, 7 May 2019

Darah Keluar Dari Mulut Tanpa Henti, Nonny Nadirah Mohon Doa Peminat

Doakan Nonny sembuh & mohon tiada apa yang serius berlaku!

Hiburan Mon, 11 Feb 2019

Mengaku Rindu Konti, Shuib Mahu Buat Comeback?

Shuib turut mempersoalkan sama ada kemunculannya masih relevan lagi atau sebaliknya.