Hiburan By: Padin April 27, 2024 @ 6:16pm

Syukur Dapat Bekerja Dengan Pelakon Hebat, Ezzanie Jasny Teruja Belajar Buat Kuih Dalam ‘Kuih Muah’

Pelakon cantik Ezzanie Jasny bersyukur dapat bergandingan dengan barisan pelakon hebat dalam drama bersiri Kuih Muah.

Berkongsi pengalaman membintangi drama Tonton Original itu kepada XTRA, Ezzanie gembira penggambaran berjalan lancar.

“Pengalaman saya menjalani penggambaran untuk Kuih Muah ini, Alhamdulillah, saya bersyukur kerana semuanya berjalan lancar, no problem at all.

“Saya dapat bekerjasama dengan pelakon-pelakon hebat yang ada dalam Kuih Muah ini. Semuanya dipermudahkan. I would say tak ada halangan atau rintangan yang timbul semasa penggambaran Kuih Muah,” katanya ketika dihubungi XTRA.

Tambah Ezzanie yang bergandingan dengan aktor Shukri Yahaya dalam Kuih Muah, dia ‘enjoy’ sepanjang memegang watak Shahidah dan teruja dapat belajar buat kuih sendiri.

“Sejujurnya, saya, pelakon-pelakon lain dan team produksi semua enjoy dengan shooting Kuih Muah.

“Apa yang best untuk penggambaran kali ini, saya belajar buat kuih. Saya dapat buat kuih-kuih yang saya sendiri tak pernah terfikir untuk buat di rumah, selalunya beli di luar,” katanya lagi.

Selain Ezzanie dan Shukri, Kuih Muah dibintangi oleh Kismah Johar, Raden Zaharatul, Muaz Zabir, Aida Khalida, Roy Azman, Megat Sharizal dan ramai lagi.

Mengangkat tema romantik komedi, siri yang bersiaran selama satu jam sebanyak lapan episod ini mendapat sentuhan Joon Goh dan Emir Ezwan selaku sutradara.

Sinopsis KUIH MUAH

Kecewa dengan berita perceraian ibu bapanya yang mengejutkan, Adam (lakonan Shukri Yahaya) yakin bahawa dengan menyelamatkan perniagaan kuih keluarganya yang hampir mati, dia juga boleh menyelamatkan perkahwinan ibu bapanya.

Adam berhenti kerja untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan kuih sehingga membuatkan tunangnya, Ruhana (Raden Zaharatul) kecewa. Berbekalkan resipi dan tunjuk ajar daripada nenek (Kismah Johar), Adam mempelajari seni membuat kuih.

Persaingan tercetus apabila Kyle (Muaz Zabir), rakan sekolah menengah yang sudah lama bermusuh tiba-tiba muncul dengan perniagaan kuih muih hipster.

Kyle bukan sahaja mengancam perniagaan keluarga Adam daripada berkembang maju tetapi dia juga merancang untuk merampas Ruhana daripada Adam!

Dalam proses mengekalkan perniagaan (dan tunangnya), Adam memperoleh pengajaran berharga di mana proses membuat kuih tidak lari jauh dengan kehidupan yang dijalaninya – bahan-bahan mestilah betul, pentingnya perhatian terhadap perincian dan kesabaran adalah kunci utama.

Jangan lupa saksikan Kuih Muah!

Di samping matlamat utamanya untuk menyatukan ibu bapanya kembali dan mencari cinta sejati, Adam mengharungi fasa penting dalam hidupnya apabila menyedari bahawa seperti kuih, hidup ini pahit – tetapi kemanisan sentiasa berlarutan.

Apakah kesudahan yang terjadi? Jangan lupa saksikan Kuih Muah di platform Tonton sekarang!

Tekan di SINI untuk menonton Kuih Muah!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 10 Dec 2017

Mia Ahmad Redha Dengan Ujian Allah

Mia Ahmad Redha Dengan Ujian Allah dimana beliau keguguran dan tabah menghadapi dugaan yang menimpa

Hiburan Thu, 8 Mar 2018

Dilabel Isteri Derhaka, Ziana Zain Tuju Kata Pedas Buat Netizen

Ziana Zain cuba mendiamkan diri dan telah meminta ruang dan privasi untuk dirinya dan keluarga bertenang. Namun, setelah diasak dengan pelbagai komen dan kata-kata kesat, Ziana bagaimanapun telah memuat naik satu gambar dilaman instagramnya semalam yang seakan-akan menunjukkan perasaan penyanyi itu pada ketika ini

Hiburan Wed, 13 Feb 2019

‘Esok Kalau Ibu Dah Tak Ada…’- Perkongsian Zarina Zainuddin Buat Netizen Sebak

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semoga dikurniakan ketabahan dan kekuatan buat Kak Zarina membesarkan Azil dan Azal…

Featured Wed, 7 Sep 2022
Hiburan Fri, 6 Jul 2018

‘Kita Dah Pernah Tegur, Sekarang Dia Terimalah Kesannya,’ – Wakil FMC

Eksekutif Pemasaran FMC Music, Sam Samin memberitahu syarikat rakaman FMC Music tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut sekiranya isu ini berulang lagi.

Hiburan Mon, 8 Oct 2018

Jenazah CEO Cradle Fund Dibawa Ke PPUM

Dalam perkembangan berkaitan, isteri kedua Allahyarham Nazrin Hassan iaitu Samirah Muzaffar, mengemukakan permohonan di Mahkamah Rayuan di sini, kira-kira jam 10 pagi tadi bagi menangguhkan penggalian semula kubur beliau.