Hiburan By: SGMS Faida July 6, 2018 @ 5:30am

‘Kita Dah Pernah Tegur, Sekarang Dia Terimalah Kesannya,’ – Wakil FMC

Kisah masalah kemurungan penyanyi Haqiem Rusli nampaknya terus mendapat perhatian. Bukan hanya di media massa, malah netizen juga tidak berhenti memperkatakannya.

Sidang media khas yang diadakan semalam mendedahkan masalah sebenar yang dialami oleh penyanyi meningkat naik itu. Katanya, dia benar-benar berdepan dengan masalah kemurungan dan menafikan hal ini dibuat-buat untuk gimik.

Dalam pada itu, Eksekutif Pemasaran FMC Music, Sam Samin memberitahu syarikat rakaman FMC Music tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut sekiranya isu ini berulang lagi.

“ Dia pernah cakap tentang hasrat nak bersara daripada bidang seni. Tiga kali dia suarakan dan kita juga dah tegur agar tidak terburu-buru dalam buat sesuatu atau menulis di laman sosial.

“ Kali ketiga dia buat kenyataan di media sosial, sekarang dia terima kesannya,” katanya.

Sam turut menasihatkan agar Haqiem lebih berhati-hati selepas ini.

“ Pihak kami tidak tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas selain berkemungkinan menamatkan kontraknya.

“ Syarikat beri peluang kedua kepadanya untuk memperbaiki kesilapan. Kami tak mahu sia-siakan bakat yang ada pada Haqiem,” katanya.

Tegas Sam, isu yang timbul ini bukanlah berpunca daripada gimik yang kononnya direka-reka untuk single terbaru Haqiem berjudul ‘Selamat Tinggal Sayang’.

“ Popular dalam jangka masa singkat mungkin membuatkan dia terkejut sekaligus menambah tekanan kepada dirinya,” akhirinya. 

Untuk Haqiem, berhati-hatilah ya selepas ini. Sebelum upload apa-apa di media sosial, fikir dulu ya dik! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 4 Oct 2019

Abby Abadi Kongsi Nama Penuh ‘Baby D’

Umum tahu kisah bayi pramatang pelakon Abby Abadi dan suaminya Faizal Zakaria yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) selepas terpaksa dilahirkan melalui pembedahan, semasa kandungannya baru berusia 6 bulan. Baca: Abby Abadi Selamat Lahirkan

familuv Fri, 30 Dec 2022

Sambut Birthday Ibu ke-64, Remy Ishak Ucap Jutaan Terima Kasih Pada Pakar Bedah

Pada Ogos lalu, pelakon Remy Ishak pernah berkongsi mengenai ibunya, Basrah Md Dris mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi jantung (CICU) Hospital Serdang dan turut meminta orang ramai mendoakan ibunya. Artikel Berkaitan: Ibu Sedang Bertarung Nyawa

Cahaya Mata Wed, 4 Jan 2023

Joget Di TikTok, Netizen Terkejut Tengok Adira Ada 4 Orang Anak

Penyanyi Adira Suhaimi baru sahaja melahirkan anak keempat yang diberi nama Ayub pada 29 September tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Adira Suhaimi Selamat Melahirkan Cahaya Mata Keempat Terbaharu, menerusi perkongsian Adira di laman TikTok, dia berkongsi

Hiburan Sun, 2 Dec 2018

Resepsi Penuh Gemilang, Priyanka Chopra Dilabel ‘Cakap Tak Serupa Bikin’?

Ayoooo, kenapa pula netizen di sana sindir Priyanka pula ni?

Hiburan Tue, 15 Oct 2019
Hiburan Thu, 24 Oct 2019
Featured Thu, 3 Nov 2022

[VIDEO] Edar Makanan Kepada Gelandangan, Kerja Amal Iman Troye Dipuji Warganet.

Penyanyi Iman Troye melakukan kerja amal mengedarkan makanan kepada golongan gelandangan di ibu kota.   View this post on Instagram   A post shared by 𝗜𝗠𝗔𝗡 𝗔𝗟𝗬𝗦𝗦𝗔 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗕𝗨𝗗𝗜𝗡 🌻 (@imantroye) Menerusi perkongsian yang dimuat naik

LIFESTYLE Thu, 25 Oct 2018

75 Years of IKEA: From a Simple Idea to a Bustling Business Model

For over 75 years, IKEA is driven by the belief that furniture can be affordable without sacrificing principles of quality, design and sustainability. What started as a small post order business has grown into a

Featured Wed, 28 Dec 2022
Events Fri, 18 May 2018

Sajat Dating Dengan Siapa Tu?

Untuk episod kali ini, Sajat kena menghadiri mesyuarat bersama Tan Sri Jojo, owner Concorde Hotel. Wah! Buat apa lah agaknya tu Sajat?

| Live TV