Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari May 11, 2023 @ 3:08am

“Aku Tak Dendam Tapi Perlakuan & Pengkhianatan Masihku Ingat Jelas” – Isteri ND Lala

Sejak mengalami krisis rumah tangga, isteri kepada penyanyi Datuk ND Lala iaitu Datin Fauziah Sarman sering berkongsi luahan hati di Instagramnya.

Terbaru, Fauziah berkongsi sebuah video yang memaparkan pasangan bercinta namun ditikam dari belakang oleh kekasihnya dengan menyatakan untuk tidak menjangka cinta sejati dari orang yang tidak ikhlas.

“Don’t expect true love from fake people,” kongsinya.

Pada hantaran lain, Fauziah yang juga merupakan ibu kepada penyanyi Shila Amzah itu menyatakan bahawa dia tidak berdendam namun masih mengingati pengkhianatan yang dilaluinya.

“Aku tidak DENDAM, Aku hanya masih mengingat dengan jelas atas perlakuanmu kepadaku.

“Atas luka yang kau berikan dan pengkhianatan yang kau lakukan,” luahnya.

Sebelum ini, Fauziah berkongsi hujahan mengenai orang ketiga dan dia menyifatkan indiviu bergelar ‘penyondol’ itu sebagai hati kering.

Artikel Berkaitan: Kongsi Video Hujahan Prof. Muhaya Tentang Pihak Ketiga, Isteri ND Lala Label Penyondol Sebagai Hati Kering! – “Mereka Bukan Kuat, Tapi…”

Terdahulu, Fauziah mendedahkan wajah yang didakwa sebagai isteri kedua ND Lala yang dikenali sebagai Munirah di akaun Instagramnya.

Artikel Berkaitan: Seakan Sahkan Spekulasi Krisis Rumah Tangga, Isteri ND Lala Dedah Wajah Penyondol Di Instagram?

Artikel Berkaitan: “Betapa Sulitnya Jadi Sekuat Aku” – Kongsi Luahan Hati, Hantaran Isteri ND Lala Curi Perhatian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 5 Jul 2022
Hiburan Tue, 14 Jan 2025

Erra Fazira Ada Pengumuman Istimewa Pada 7 Februari? Ini Respons Empunya Badan

Erra Fazira mula rapat dengan Mr. E sejak saling berbalas mesej di Instagram

Featured Thu, 6 Oct 2022
Hiburan Thu, 6 Feb 2025
Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Trending Tue, 4 Sep 2018

Air Mata Selena Gomez Dan Kourtney Kardashian Untuk Siapa?

Ohh…rupa-rupanya ada dua wanita yang bersedih dengan pertunangan Justin Bieber and Hailey Baldwin.

Trending Tue, 26 Apr 2022

Skuter Elektrik Dilarang Di Atas Jalan Raya Berkuat Kuasa Serta-Merta

Kenderaan mikromobiliti dilarang digunakan di atas jalan raya.

Trending Wed, 16 Oct 2019

Haze to Hit Back Malaysia; Effect of Wild Forest Fire in Palembang

Malaysians advised to wary of the upcoming’s weather. Stay protected and reduce outdoor activities.

Trending Sun, 15 Nov 2020
error: Content is protected !!