Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 14, 2025 @ 3:32pm

Erra Fazira Ada Pengumuman Istimewa Pada 7 Februari? Ini Respons Empunya Badan

Nama primadona Malaysia, Erra Fazira sehingga kini masih menjadi sorotan ramai di media sosial yang mendoakan jodohnya bersama usahawan, Ezwan Zain atau Mr. E akan bersatu.

Ia susulan perkongsian Erra di Instagram (IG) story miliknya baru-baru ini mengucapkan selamat ulang tahun kepada Mr. E menjadi perhatian ramai.

Meskipun tetap menegaskan dirinya dan Mr. E tiada sebarang hubungan dan hanya sekadar berkawan rapat, namun timbul khabar angin mendakwa kedua-dua mereka sudah bertemu keluarga bagi melangkah ke fasa seterusnya.

Bukan itu sahaja, timbul juga desas desus mengatakan Erra akan membuat pengumuman istimewa pada 7 Februari depan, yang juga merupakan tarikh ulang tahun kelahirannya.

Memetik laporan Berita Harian, pelantun lagu Pertemuan ini tergelak besar selepas disoal mengenai perkara tersebut.

“Eh, mana pula dapat cerita ini? Belum lagi. Sabarlah. Saya sendiri baru dengar cerita ini kononnya ada pengumuman istimewa pada tarikh berkenaan, namun hakikatnya tiada apa akan berlaku.

“Hingga saat ini, tiada apa-apa perancangan istimewa untuk tarikh itu. Andai ada berita baik, insya-Allah pasti akan dikongsikan. Saya mohon doakan yang baik-baik,” katanya.

Mengimbau detik perkenalan mereka, aktres filem popular Sembilu ini mengakui hubungan mereka mula rapat sejak saling berbalas mesej di IG.

“Saya kenal Ezwan sudah agak lama kerana pernah ke kafenya ketika penggambaran program bual bicara, Primadona. Namun kami tak bersembang. Kami bertemu semula tiga tahun lalu di radio Sinar FM. Dari situ, kami berbual sekadar untuk menyantuni.

“Hanya beberapa bulan lalu Ezwan mula rajin menghantar mesej dalam Instagram. Sejak itu, kami semakin rancak berbual. Boleh dikatakan kami mula rapat sejak beberapa bulan lalu. Saya kategorikan Ezwan sebagai kenalan rapat.

“Alhamdulillah, kalau rasa saya wanita matang di matanya, saya juga berpendapat sama. Dia juga lelaki matang dan mudah dibawa berbual dalam banyak topik,” katanya lagi.

Sebelum ini, menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) pelantun lagu Pasrah ini mencuri perhatian ramai yang telah mencetuskan spekulasi mengatakan Erra sudah menemui pengganti.

Erra memuat naik foto yang tidak jelas bersama seorang jejaka yang tidak didedahkan identitinya, selain turut menyifatkan individu itu sebagai lelaki yang mendamaikan.

Susulan itu, memetik laporan Berita Harian, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 51, mengakui dia dan jejaka dalam IGs sedang dalam fasa berkenalan.

Malah, Mr. E turut mengakui mereka sedang dalam fasa mengenali hati budi masing-masing, namun jejaka yang merupakan seorang ahli perniagaan ini bagaimanapun menjelaskan hubungan mereka buat masa sekarang hanya sekadar berkawan baik.

Artikel Berkaitan: Tidak Lagi Berselindung, Erra Fazira Kongsi Keakraban Bersama Mr. E

Artikel Berkaitan: Saling Mengenal Hati Budi & Serasi, Jejaka Dikenali Sebagai Mr E Mengaku Kini Rapat Dengan Erra Fazira

Artikel Berkaitan: Didakwa Dah Temui ‘Pengganti’, Ini Respons Erra Fazira – “Berilah Peluang, Kami Baru Nak Kenal…”

Artikel Berkaitan: Erra Fazira Beri ‘Hint’ Dah Temui Teman Pengganti? Pengurus Mohon Tunggu Berita Gembira

Sumber: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 15 Feb 2019

Priyanka Chopra Buka Mulut Soal Zuriat

Sebelum ini, Nick Jonas pernah memberitahu dia mahukan cahaya mata. Menerusi temubual dengan The Rewind with Guy Raz, dia memasang impian bergelar bapa suatu hari nanti. 

Hiburan Tue, 28 Oct 2025

Tonjol Sisi Serius Dalam Lakonan, Irudhi Strike Jadi Filem Terakhir Sathiya Sebelum ‘Kehilangan’ Kaki

Sathiya menyifatkan filem Irudhi Strike sangat istimewa kerana penonton masih dapat melihat dirinya beraksi seperti dahulu.

Trending Wed, 24 Aug 2022

“Sangat Humble” – Biarpun Tangan Penuh Barang, Eyra Hazali Selamba Tolong Peminat Ambil Foto

Sikap merendah diri yang ditonjolkan oleh pelakon Eyra Hazali meraih perhatian netizen. Terbaharu, nama Eyra Hazali menjadi bualan selepas videonya menawarkan diri untuk menangkap gambar peminat biarpun tangannya penuh dengan barang tular di laman TikTok. […]

Hiburan Mon, 4 Dec 2023
Featured Thu, 12 Jun 2025

Jefri Nichol ‘Tolak’ Tawaran Berlakon Adegan Panas Demi Ameera Khan? – “Dia Kata Lebih Bagus Jangan”

Jefri kini tidak mahu terlibat membawakan adegan dewasa bersama pelakon wanita lain di set penggambaran.

Featured Fri, 27 Aug 2021

Ucap Tahniah Kepada Kabinet Baharu, Tweet Bekas Menteri Agama Buat Ramai Sayu

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yakin dengan barisan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini. Dalam satu kenyataan di laman […]

Hiburan Wed, 22 Jan 2020

Baru Bernikah, Sasha Saidin Dah Dituduh Perampas

Apa-apa pun dah selamat pun bernikah…doakan lah kebahagiaan mereka ye?

error: Content is protected !!