Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 4, 2025 @ 1:24pm

Didakwa Dah Temui ‘Pengganti’, Ini Respons Erra Fazira – “Berilah Peluang, Kami Baru Nak Kenal…”

Penyanyi dan pelakon jelita, Erra Fazira akhirnya tampil bersuara berhubung dakwaan sudah menemui pengganti dalam hidupnya.

Memetik laporan Berita Harian, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 51, mengakui dia dan jejaka dalam Instagram Story (IGs) sedang dalam fasa berkenalan.

Bagaimanapun, pelantun lagu Pasrah ini enggan mengulas lebih lanjut kerana bimbang sekiranya pisang berbuah dua kali.

“Berilah peluang. Kami baru nak kenal. Kalau boleh saya tak mahu komen banyak-banyak.

“Kalau tak jadi, saya juga yang malu,” katanya.

Bercerita lebih lanjut, aktres filem popular Sembilu ini turut menjelaskan hantaran sempena ulang tahun jejaka yang disifatkan sebagai ‘mendamaikan’ di IGs baru-baru ini adalah sekadar satu kejutan buat temannya itu.

“Secara umumnya, ia hanyalah ucapan selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat rakan yang mungkin beri kejutan buatnya. Itu sahaja.

” Terima kasih doakan yang baik-baik. Mudah-mudahan yang terbaik juga buat kita semua. Amin,” katanya.

Sebelum ini, menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) pelantun lagu Pasrah ini mencuri perhatian ramai yang telah mencetuskan spekulasi mengatakan Erra sudah menemui pengganti.

Erra memuat naik foto yang tidak jelas bersama seorang jejaka yang tidak didedahkan identitinya.

Artikel Berkaitan: Erra Fazira Beri ‘Hint’ Dah Temui Teman Pengganti? Pengurus Mohon Tunggu Berita Gembira

Sebelum ini, Erra pernah digosipkan bercinta dengan penyanyi, Shahir Zawawi.

Pada 2003, Erra pernah berkahwin dengan Datuk Yusri Abdul Halim namun bercerai pada 2006.

Manakala pada 2007, Erra mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007, namun bercerai pada 2014.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 16.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 7 Nov 2018

Sexiest Man Alive Ini Bakal Bawa Watak 007

Dan, pemenang Sexiest Man Alive pada tahun ini jatuh kepada Idris Elba!

Hiburan Mon, 13 May 2019

Percutian Mewah Zahiril Adzim Dan Shera Aiyob Di Perth, Australia Confirm Buat Korang Jealous!

Wah! bestnya tengok Zahiril Adzim sekeluarga bercuti di Perth, Australia

Featured Thu, 21 Jul 2022

Puteri Sarah Didakwa Tolak Perceraian Akibat ‘Kekayaan’ Syamsul, Pengurus Tampil Bersuara – “Dia Tak Heran Pun, Kedudukan Sekarang Hasil.…”

Fuhhh 🙌🏻✨ Kuat sungguh Puteri Sarah ni 💪🏻Meski rumah tangga dilanda badai tapi tetap kiat menempuhinya 🥹😭 Moga lepasni semua beringat ya sebelum mengeluarkan kata-kata 😌

Trending Thu, 4 Jul 2019

Misteri Mayat Tangki Air Terungkai, Polis Sahkan Rangka Mayat Milik Pelajar UITM Raub

Objek seperti rangka dan tulang ditemui di tangki air pada Mac lalu

Trending Fri, 12 Jul 2019

Dakwaan Fitnah, Siti Kassim Kena Saman RM2 Juta!

Firdaus Wong Wai Hung mengemukakan saman sebanyak RM2 juta ke atas peguam dan aktivis sosial, Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim pada Jumaat.

Trending Fri, 5 Oct 2018
error: Content is protected !!