Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 1, 2021 @ 10:20am

Bayaran i-Citra Mula Dikreditkan Hari Ini, Jom Semak Status Kelulusan & Kadar Bayaran

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan, bayaran i-Citra akan dikreditkan bermula hari ini.

Dan sebanyak RM99.4 bilion caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjaya dikreditkan kepada pencarum melalui tiga skim pengeluaran yang diperkenalkan iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.

Malah, kerajaan turut memperkenalkan kemudahan pengeluaran baru iaitu i-Citra yang membenarkan ahli KWSP membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan bagi  tempoh lima bulan.

Menurut, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, pembayaran terakhir i-Citra adalah pada bulan Februari 2022.

Kadar bayaran

  • Kadar maksimum RM1000 sebulan selama 5 bulan (bergantung kepada baki dalam akaun masing-masing).

Semak status lulus

Berikut merupakan cara semakan status lulus i-Citra:

  1. Layari laman web i-Citra https://icitra.kwsp.gov.my/.
  2. Tekan menu Semakan Status
  3. Masukkan nombor MYKad dan Nombor Telefon Bimbit yang telah didaftarkan
  4.  Tekan butang Semak Status.
  5.  Status permohonan anda akan dipaparkan seperti di bawah.

Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh layari laman rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my ATAU Ask ELYA di laman web rasmi KWSP ATAU media sosial rasmi KWSP dan juga ditalian hotline i-Citra  03-8922 4848.

Selain itu, pengkreditan amaun ke akaun penerima kan mengambil masa 1 hingga 3 hari waku bekerja bergantung kepada prosedur bank.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 2 Nov 2019

Ini Senarai Penuh Pemenang #ASK2019 Yang Patut Korang Tengok!

Tahniah Diucapkan buat semua pemenang #ASK2019

Hiburan Mon, 28 Jan 2019

Dituduh Buat Pembedahan Plastik, Sherry Ibrahim Bengang!

Ish, siapa pula yang buat fitnah macam ni?

Featured Wed, 2 Apr 2025

Tak Ada Menu Wajib! Syafiq Kyle & Mimi Lana ‘Enjoy’ Rancang Juadah Raya Bersama

Syafiq Kyle dan Mimi Lana sambut syawal dengan besederhana.

LIFESTYLE Sat, 15 Dec 2018

Aplikasi SENTUH Mungkin Bakal Ubah Hidup Anda, Dah Cuba?

Kami akan ajar bermula dari A-Z sekaligus menyediakan kelas pembelajaran asas sebelum memiliki spa bergerak sendiri.

Featured Sat, 24 Dec 2022
Hiburan Mon, 18 Mar 2019

‘ Skrip Kami ‘Bantai’ Saja’- Shiha Zikir Terkejut Persembahan di BBB 2019 Terima Maklum Balas Positif

Korang tengok tak persembahan Shiha dengan Sharif di Bintang Bersama Bintang malam tadi. ‘Crack’ habis Shiha!

Featured Tue, 7 Sep 2021
Featured Tue, 29 Aug 2023
Events Thu, 10 Jul 2025
error: Content is protected !!