Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin July 10, 2025 @ 10:38am

Raih 3 Trofi Edisi Lalu Termasuk Anugerah Utama, Mampukah Ayda Jebat Pertahan Kejuaraan Di Anugerah Melodi Terhangat 2025?

Pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat kembali menghangatkan pentas anugerah apabila diumumkan sebagai calon bagi dua kategori menarik dalam Anugerah Melodi Terhangat edisi 2025 (AMT 2025) yang akan diadakan pada 3 Ogos depan.

Antara dua pencalonan tersebut adalah, Selebriti Stailo Terhangat dan Selebriti Couple Goals Terhangat.

Pencalonan ini sekaligus membuktikan nama Ayda kekal relevan dan berpengaruh dalam industri hiburan tempatan, biarpun ramai wajah baharu terus mewarnai dunia seni tanah air.

Buat peminat setia yang mengikuti perjalanan seni Ayda sejak awal, ini bukan kali pertama pelantun lagu Temberang ini  mencuri tumpuan di pentas Anugerah Melodi.

Pada edisi sulung yang berlangsung pada tahun 2016, Ayda mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya merangkul tiga anugerah dalam satu malam termasuk anugerah utama:

  • Personaliti Muzik Melodi
  • Personaliti Media Sosial Melodi
  • Personaliti Sensasi Melodi (Anugerah Utama)

Kejayaan luar biasa yang pernah diraih Ayda menjadikannya antara selebriti paling menyerlah pada malam Anugerah Melodi Terhangat, mengatasi ramai nama-nama besar dalam industri.

Malah, kemenangan tersebut juga bukan sahaja mengukuhkan kedudukannya, bahkan menjadi bualan hangat di media sosial.

Bukan itu sahaja, pencalonan ini juga memperlihatkan konsistensi serta evolusi Ayda dalam industri hiburan, bukan hanya sebagai penyanyi dan pelakon berbakat, malah sebagai ikon gaya dan personaliti yang disenangi ramai.

Untuk info, undian AMT 2025 kini dibuka hingga 31 Julai 2025.

Sokong calon terhangat pilihan anda di  www.tonton.com.my/anugerahmeloditerhangat.

Daftar akaun Tonton dan langgan pelan TontonUP untuk mengundi: 1 bulan (500 undian) 3 bulan (2,500) undian.

Dengan mekanisme 100 peratus undian awam melalui Tonton, kuasa sebenar kini di tangan peminat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 30 Jul 2025

Buka Cerita Zaman Sekolah, Ayda Jebat Dedah Pernah Diganggu Kakak Senior – “Dia Siap Warning Jangan Layan Orang Lain…”

Ayda berkata peristiwa diganggu lesbian itu menyebabkan dia mengalami gangguan mental.

Hiburan Tue, 5 Feb 2019

‘Malaysia Tolong Buka Mata’- Amylea Mohon Bakat Kaer Azami Tak Dipandang Sepi

Malaysia, wake up! Betul apa kata Amylea tu…sayang sekali kalau orang berbakat besar macam Kaer tak dapat perhatian ramai.

Trending Fri, 29 Jan 2021

Farisha Iris Tak Gila Populariti

Gila apa pula ni dik non…

Figura Wed, 13 Sep 2023
Hiburan Mon, 13 Jan 2025

Terpalit Dakwaan Bercinta Dengan Selebriti Indonesia, Ini Respons Nadia Annuar 

Nadia Annuar tepis dakwaan bercinta dengan jejaka Indonesia

Events Thu, 31 May 2018

Kempen Terima Kasih Rangkaian Televisyen Media Prima: 5 Acara Padang Paling ‘Awesome’!

uat anda yang tidak mahu melepaskan peluang menyertai pelbagai aktiviti menarik bersama para duta kempen, xtra senaraikan 5 Acara Padang Paling ‘Awesome’ sepanjang Ramadan dan Syawal kali ini!

Trending Fri, 31 Jan 2020
Hiburan Mon, 15 Apr 2019
error: Content is protected !!