Figura By: Khairil Khusyairi September 13, 2023 @ 7:35pm

Gabungan Istimewa Bersama Awie Pelengkap Album Deluxe Sitism Siti Nurhaliza

Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza kini muncul dengan 4 buah lagi karya tambahan dalam album edisi deluxe Sitism.

Menariknya, album deluxe Sitism telah melengkapkan 12 buah lagu dan mula dilancarkan di seluruh pelantar digital bermula 8 September 2023.

Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza iaitu Siti dan imbuhan `ism’ pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuju album.

Apabila nama Siti dan imbuhan `ism’ ini digabungkan, Sitism membentuk kata nama yang mewakili ciri-ciri tertentu yang ada di dalam album solo ke-20 beliau.

Sitism atau Siti-ism bagi menggambarkan Siti Nurhaliza kerana menurut beliau, apabila Siti menyanyi, ciri khas, gaya, kualiti dan suara yang dimiliki penyanyi itu unik serta senang dikenali bahawa itulah Siti Nurhaliza.

Siti Nurhaliza

Menurut Siti, 4 buah lagu terbaharu yang dimuatkan di dalam album Sitism bukanlah lagu bonus tetapi telah menjadi antara pilihan terbaik untuk melengkapkan 12 karya walaupun berjarak 2 bulan pelancarannya.

Ini merupakan salah satu strategi untuk memberikan peluang kepada para peminat, para pencinta muzik, stesen radio dan stesen televisyen menumpukan kepada lagu-lagu dari album Sitism yang dilancarkan pada bulan Jun dan kini beliau dapat menyambung promosi dengan edisi deluxe pula.

Tambah Siti, album Sitism adalah diri beliau yang tersendiri seiring dengan peredaran masa dan perkembangan muzik yang dipaparkan menerusi muzik, lirik, imej serta persembahan beliau.

Album terbitan Universal Music Sdn.Bhd dan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd ini turut dikeluarkan dalam bentuk fizikal dan akan turut dijual di kedai pengedar terpilih dalam jumlah terhad.

Siti Nurhaliza

4 buah lagu terbaharu dalam edisi deluxe ini adalah Senyawa (Farouk Roman/Senna), Kalau Berkasih (Glowrush & Tam Cobain & Mike Chan), Nadi (Mim Hamzah & Illi Diyana), Kusedari (Dato’ Sri Siti Nurhaliza/Habsah Hassan).

Istimewanya dalam edisi deluxe ini, Siti telah mengundang penyanyi rock legenda, Dato’ Awie untuk berduet dalam lagu bergenre tradisional moden, Kalau Berkasih.

Ini merupakan penampilan pertama Dato’ Awie merakamkan lagu tradisional dan tentunya gandingan dua penyanyi ternama ini dapat mengangkat muzik tradisional kepada seluruh lapisan masyarakat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Selain itu album Sitism memuatkan lagu Menyapa Dunia (Melly Goeslaw/Melly Goeslaw), Tanpa Diri-Mu (Luca Sickta/Luca Sickta & Siti Nurhaliza), Sehebat Matahari (Aubrey Suwito/Rozisangdewi), Ganti (Mingaling & Nuha Nik/ Amir Hasan & Nuha Nik), Romansa Kita (Sharon Paul/Rozisangdewi), Teratas (Tomok & Rudy Nastia/Fedtri Yahya), Menjaga Cintamu (Andi Rianto/Sekar Ayu Asmara) dan Magis (Mas Dewangga & Jova Devito/ Mas Dewangga & Jova Devito & Aden King).

Sitism edisi deluxe sudah boleh didengari di semua pelantar penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, Deezer, KKBOX dan YouTube Music bermula hari ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 29 Mar 2018

Wow! Usia 20 Tahun Tapi Dah Mampu Beli Rumah RM 46 Juta

Dengan harga USD 12 juta, rumah berkeluasan sekitar 4,023 persegi ini turut memuatkan lapan bilik tidur. Fuh, besar tu!

Featured Tue, 10 Feb 2026

Simpati Nasib Puteri Balqis, Daler Yusuf Akui Pengarah & Penerbit Pernah Ajak Holiday Siap Minta Gambar Dekat…

Daler mengakui pernah berdepan pengalaman kurang menyenangkan ketika mula-mula menapak dalam industri seni tanah air.

Hiburan Thu, 10 Mar 2022
Hiburan Sat, 16 Feb 2019
Featured Thu, 14 Aug 2025
error: Content is protected !!