Euforia Bola 2026
Trending By: Padin February 19, 2021 @ 7:03pm

Pelajar Gemarkan Konsep DidikTV Kerana Pendekatan Silibus Pelajaran Yang Lebih Menarik

Baru sahaja dilancarkan pada 17 Februari yang lalu Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, DidikTV telah menerima pelbagai maklum balas yang baik dan menjadi buah mulut dalam kalangan ibu bapa, guru dan pelajar.

Masakan tidak, dengan kewujudan DidikTV, proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) menjadi lebih mudah serta berkesan dengan bantuan guru-guru berpengalaman dan konsep yang ditampilkan juga lebih moden serta mudah difahami.

Infografik dan animasi yang menarik digunakan dan ia menjadikan pelajar lebih tertarik untuk menonton slot pendidikan yang diminati mereka.

Dua orang pelajar ditanyakan mengenai respons mereka terhadap DidikTV dan ini adalah maklum balas mereka:

Intan Syuhada Hashim, pelajar tingkatan 5, SMK Tengku Menteri

“Mengikuti pelajaran melalui DidikTV adalah satu pengalaman berbeza jika dibandingkan belajar secara dalam talian kerana kadang-kadang, saya menghadapi masalah liputan internet yang terhad.

“Belajar dengan DidikTV lebih mudah dan jelas. Saya suka belajar secara dalam talian, tetapi kadang-kadang video jadi sekat-sekat dan kita terlepas apa yang guru sampaikan.

“Beza dengan DidikTV ni sebab DidikTV ni semua borang boleh tengok. Kualiti visual dan video pun terbaik. Jadi, membantu sangat untuk bagi gambaran lebih jelas mengenai sesuatu silibus,” tambahnya yang menggemari slot Kimia Kertas 3 oleh Cikgu Thung Su Ling kerana info yang disampaikan jelas dan mudah difahami.

Nur Khairina Baharom, pelajar tahun 6, SK Telok Gadong

“Slot pendidikan bagi pelajar sekolah rendah masih terhad tetapi banyak dokumentari menarik yang boleh disaksikan melalui DidikTV.

“Saya suka menonton DidikTV sebab skrin TV rumah saya lebih besar. Tak perlu dah tengok telefon bimbit dengan kerap.

“Sekarang, buka sahaja TV, saya dah boleh tonton pelbagai dokumentari menarik dan mengikuti slot pendidikan yang saya suka.

“Baru-baru ini saya mengikuti slot sains Tahun 6, Buruj dan saya sangat suka sebab video dan gambar yang dikongsikan menarik,” katanya.

Jangan lupa untuk sertai peraduan Tonton, Rakam & Kongsi bersama DidikTV!

Ha! Dah kebetulan anda belajar dengan DidikTV, jangan lupa untuk kongsikan detik pertama korang bersama DidikTV untuk memenangi 50 peranti istimewa.

Pastikan anda tune-in ke saluran DidikTV di ntv7 untuk mengikuti slot pelajaran yang ada.

Bagi yang nak mengimbas semula apa yang disiarkan di TV, anda boleh terus ke saluran YouTube mereka di YouTube Channel ntv7MALAYSIA Official.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 13 Aug 2023
Featured Wed, 14 Apr 2021

Tidak Perlu Tunjuk Aktiviti, Hanya Isi Borang Untuk Rentas Negeri

Berikutan isu berita yang tular di media sosial, pihak polis hari ini tampil menafikan dakwaan bahawa seseorang individu yang ingin melakukan perjalanan merentas negeri perlu mengemukakan bukti jadual perjalanan dan aktiviti yang dilakukan. Pengarah Jabatan […]

Selebriti Tue, 21 Nov 2023
Trending Sat, 9 Oct 2021

“PM Yang Sangat Humble & Sempoi” – Sempat Bertemu Dengan Kanak-Kanak di Pondok R&R, Warganet Suka Dengan Keramahan Ismail Sabri

Biarpun sentiasa sibuk dengan tugasan sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dikenali dengan sikap ramah dan sering mencuri masa untuk bertemu dengan rakyat dalam keadaan spontan. Terbaharu, video yang dimuat naik di laman […]

Featured Wed, 14 May 2025
Featured Fri, 18 Apr 2025
Hiburan Tue, 5 Jul 2022
error: Content is protected !!