Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 27, 2023 @ 5:00pm

Haters Kutuk Album Sitism Sebagai ‘Gila Isim’, Siti Nurhaliza Minta SKMM Siasat Akaun Pembenci – “Cantiknya Bahasa Kakak”

Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil membuat kejutan apabila mengumumkan bakal melancarkan album ke-20 yang berjudul Sitism.

Menurut Siti, album yang diberi nama Sitism ini melambangkan kualiti, keadaan serta ideologi.

“SITISM menggambarkan ciri khas dan kualiti yang terdapat dalam suara, karya, persembahan dan penampilan Dato’ Sri Siti Nurhaliza @ctdk di dalam album terbaharu ini.

“Nantikan album SITISM pada 30 Jun 2023 di seluruh platform digital,” kongsinya teruja.

Ternyata dengan perkongsian tersebut memberi keterujaan kepada peminat yang menyokong kerjaya penyanyi yang sudah berkecimpung di arena muzik selama lebih 25 tahun itu.

Namun disebalik keterujaan itu, ada juga yang tampil mengkritik buah tangan terbaharu pelantun lagu Anta Permana itu dengan mempersoalkan konsep album tersebut.

“Sitism kata nyer. Bila search kat Google keluar Autism. Imej & visual cyber retro futurism.

“Kau dah level penyanyi senior yang ada nama, not your level keluar album dengan imej & visual yang macam ni.

“Siapa lah h***t yang suggest penyanyi bernombor keluar album dengan konsep yang macam ini,” kritik seorang individu.

“Macam gila isim kan,” kritik individu lain.

Tidak berdiam diri, Siti tampil memberi respons terhadap kritikan tersebut dengan meminta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menyiasat akaun-akaun tersebut.

“Cantiknya bahasa kakak-kakak ini @kakwanlebor @bonda_putehkundor

“Kita bagi SKMM check kejap!,” balas Siti.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Penampilan Siti Nurhaliza Di Konsert Dimash Curi Tumpuan, Vokal Kembali Padu! – “Merdu Sangat Ni..Suara Makin Ringan”

Untuk info, Album Sitism bakal memuatkan 8 buah lagu hasil gabungan komposer berpengalaman dan baru manakala album Deluxe pula akan dilancarkan Ogos ini dengan 4 buah lagu istimewa!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 15 Aug 2018

Betul Ke Peserta I Can See Your Voice Ini Mirip Suara Bruno Mars?

Video ini mengejutkan semua penonton apabila dalam tempoh 5 hari dimuat naik melalui laman rasmi Youtube ntv7, video ini telahpun mendapat jumlah tontonan sebanyak 655, 719 dan nombor satu trending di Malaysia. Wow!

Trending Mon, 4 Jun 2018

手指上长出一整排臼齿「惊悚指甲彩绘」胆大才能驾驭

对于女人来说,有干净、漂亮的美甲,已经成为每天造型重要一环,想要来点新鲜的,可以挑战惊悚系指甲彩绘,在手指上打造出逼真的臼齿、鼻子,毛到让人头皮发麻,胆子够大才能驾驭。

Featured Thu, 8 Jun 2023

Masih Timbul Isu Bodyshaming, Isteri Kesal Tindakan Blogger Sengaja Api-Apikan Hubungan Aaron Aziz & Syamsul Yusof

Alahaiiii, kesian Datuk Aaron 🥲🥲 Sampai bila kes bodyshaming ni nak habis 🫨

Hiburan Fri, 31 May 2019

‘Dia Tak Bersyukur’- A.Aida Kecewa Dengan Reza Hasbi

Tegas A.Aida, Reza sepatutnya bersyukur…

Hiburan Fri, 1 Dec 2017

Vin Diesel Pelakon Termahal 2017 RM6.5 Bilion

Tahun ini menyaksikan dua bintang utama filem Fast and Furious 8, Vin Diesel dan The Rock dinobatkan sebagai pelakon termahal untuk tahun 2017. Filem box office itu juga meletakkan Vin Diesel di tempat pertama dengan […]

Featured Mon, 18 Mar 2024
Hiburan Sat, 26 Jan 2019

Jue Aziz Sah Sudah Bercerai

Jue berkahwin dengan pemuzik Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmal kini sah bercerai

error: Content is protected !!