Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 23, 2022 @ 7:11pm

“Baru Pukul Bola Sekali Dah Penat…” – Peminat Dakwa Nampak ‘Baby Bump’ Heliza Helmi

Pasangan bahagia, Datin Seri Heliza Helmi dan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman masih lagi mencuri perhatian warganet.

Terbaharu, menerusi hantaran video yang dimuat naik di Instagram Heliza, kedua-dua pasangan ini kelihatannya sedang membuat penggambaran dimana mereka dilantik menjadi duta bagi produk tersebut.

Menerusi video berdurasi satu minit itu, pasanga ini dilihat sangat ‘sweet’ dengan memakai busana sedondon bewarna putih sambil memegang raket tenis.

Aksi ini sekaligus mencuri perhatian warganet yang rata-ratanya terhibur melihat gelagat pasangan ini.

 

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah  segelintir warganet mendakwa seakan-akan melihat ‘baby bump’ pelakon Syurga Cinta itu.

Malah, peminat juga turut mendoakan keluarga ini diberikan kebahagian berpanjangan.

Bagaimanapun, tuan empunya badan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai berita gembira tersebut.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2022 pada jam 11.11 pagi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dengan hanya sekali lafaz sahaja.

 

Sumber: Instagram @mahadibz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 4 May 2026

Isu Gadis Ditik*m 61 Kali, Liyana Jasmay Tegur Golongan Lelaki Tinggal Komen Kasar

Liyana Jasmay kesal dengan sikap segelintir lelaki yang meninggalkan komen kasar dan tidak sensitif berhubung kes tragis melibatkan kematian seorang gadis baru-baru ini.

Featured Tue, 24 May 2022
Featured Thu, 18 Jan 2024

Mufti Pulau Pinang Gesa Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza Ditunda Demi Hormati Bulan Ramadan, Ini Respons Pihak Yayasan Nurjiwa

Ada sebab kenapa konsert Tokti perlu diteruskan. Nak tahu kenapa? Klik artikel XTRA okay✅

Trending Mon, 20 Apr 2020
familuv Fri, 21 Sep 2018

Tambah Kicap Dalam Makanan Bayi, Boleh Ke?

Tunggu bayi anda dah besar barulah perkenalkan kicap dalam hidangan mereka!

error: Content is protected !!