Euforia Bola 2026
familuv By: tex_admin September 21, 2018 @ 11:00am

Tambah Kicap Dalam Makanan Bayi, Boleh Ke?

Bagi anda yang tak tahu, kicap sebenarnya berasal dari China dan diperkenalkan di Jepun pada beribu tahun dahulu.

Bahan asas untuk membuat kicap adalah seperti kacang soya yang diperam bersama beberapa bijirin seperti gandum, barli atau nasi.

Hari ini kita boleh lihat pelbagai jenis kicap telah dijual seperti kicap manis, kicap masin, kicap cair, kicap pekat, kicap hitam dan lain-lain lagi. Kicap juga dikatakan sebagai salah satu pelengkap hidangan kita seharian. Kalau tak ada kicap, putus selera!

Tapi, pernahkah anda menambahkan kicap dalam makanan bayi anda? Adakah anda pasti bahawa kicap boleh dimakan oleh golongan bayi mahupun kanak-kanak? Nak tahu, jom semak!

Foto: TheAsianParent

1. Kicap boleh menyebabkan bayi alergi

Para ibu mungkin berasakan kicap manis akan menambahkan kesedapan makanan bayi anda. Tapi, sebaiknya kicap perlu dielakkan pada bayi yang berumur 2 tahun ke bawah kerana ia boleh menyebabkan alahan, batuk, ruam dan alergi.

Jika sekiranya bayi anda tiada alahan selepas diberikan kicap, anda boleh meneruskan tetapi janganlah selalu kerana deria rasa bayi masih sensitif. Lagi bagus jika anda tidak perkenalkan kicap untuk bayi anda.

2. Anak boleh jadi cerewet

Hal ini kerana, jika anak anda sudah diberikan makanan yang berperisa sedap seperti kicap terlalu awal, anak boleh jadi seorang yang cerewet ketika makan apabila umurnya sudah besar. Sebab itu, ada sesetengah anak tak nak makan jika tak ada kicap dalam nasi!

3. Ganti penggunaan kicap dengan bahan lain

Untuk pengetahuan anda, kicap manis ataupun masin, kandungan sodium di dalamnya adalah tinggi dan tidak bagus untuk anak anda! 

Sebaiknya, anda perlu menjadi ibu yang kreatif dengan menambahkan perasa dalam makanan si manja dengan memasukkan bawang merah, lobak, ikan bilis, stok ayam dan sayuran hijau. Barulah anak bertambah sihat bertenaga!

Penulis sarankan, tunggu anak anda dah besar baru perkenalkan kicap dalam hidangan mereka! Semoga bermanfaat!

Sumber: TheAsianParent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 27 Apr 2022
Featured Mon, 9 Feb 2026
Featured Thu, 20 Feb 2025

Tahniah! Maryam Durian Kimchi Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

“Syukur dengan anugerah dan rezeki Allah kurniakan” – Ryzal Ibrahim

Featured Thu, 28 Aug 2025

“Ibu Tunggal Bukan Lemah, Dia Memilih Untuk Kuat”- Rita Rudaini

Ibu tunggal bukan lemah tapi memilih untuk kuat.

Featured Fri, 27 Feb 2026

Uyaina Arshad Tak Ada Niat Guris Hati Pejuang TTC – “Saya Tidak Membandingkan Apatah Lagi Memperkecilkan”

Uyaina tampil memohon maaf secara terbuka kepada golongan wanita yang sedang berusaha untuk hamil susulan perkongsiannya mengenai ‘Pejuang Garis Satu dan Dua’.

Featured Wed, 11 Feb 2026

Busana Ketat Azira Shafinaz Raih Perhatian, Warganet Beri Kritikan & Kecaman

Rata-rata warganet menganggap pakai tersebut seperti ‘romper baby’

Featured Wed, 16 Mar 2022
Featured Tue, 9 Dec 2025

“Orang Lain Boleh Cakap Apa Je Tapi Tak Boleh Jadi Macam Awak”- Noor Nabila Titip Pesanan Padu Buat Ameera Khan Sempena Sambutan Hari Lahir

Nabila menyifatkan Ameera sebagai figura muda yang telah berjaya membina nama serta pencapaian sendiri dalam industri fesyen dan media sosial.

error: Content is protected !!