Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom April 3, 2020 @ 2:00pm

Sudi tambah nilai kad prabayar, Adam gelar rakyat Malaysia ‘malaikat’

Malaysia dikenali dunia sebagai sebuah negara yang mesra dan didiami bangsa berbilang kaum yang masih berpegang pada adat, bersopan-santun serta berbudi bahasa.

Oleh itu, sesiapa sahaja yang pernah menjejakkan kaki di Malaysia pasti akan kembali kerana merindui keamanan, kemakmuran dan keramahan masyarakat, yang membuatkan mereka seperti berada di rumah sendiri.

Pelakon Hollywood, Adam Richardson Bond (Adam), 38, sekali lagi menyentuh hati warganet tempatan kerana sering memuji kesungguhan dan pengorbanan petugas barisan hadapan dalam usaha menyelamatkan pesakit yang dijangkiti COVID-19, walaupun terpaksa reda dengan makanan hospital yang sama sekali tidak memenuhi selera ‘orang putih’!

Lebih membuatkan pelakon yang pernah membintangi filem seperti Spy Wars, Good Omens, Purge of Kingdoms and Legally Blonde itu terharu, apabila segelintir rakyat Malaysia sudi membantunya untuk menambah nilai kad prabayar Digi yang digunakan memandangkan kad bank dan kad kredit miliknya tidak boleh digunakan untuk transaksi tempatan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Reaksi @adambondofficial ketika ditanya bagaimana makanan di Hospital? ????????????

A post shared by Hijab & Heels (@hijabnheelsofficial) on

Melalui hantaran yang dimuat naik menerusi Instagram (IG) miliknya, semalam, Adam meluahkan rasa buntu kerana kad prabayar miliknya hampir tamat tempoh dan ini akan menyukarkan Adam untuk berhubung dengan keluarganya di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).

Adam cuba menggunakan kad bank dan kad kreditnya, malangnya tidak boleh melakukan sebarang transaksi.

Memandangkan tiada pilihan, dia terpaksa meminta ihsan pengikutnya dari Malaysia, menambah nilai kad prabayar dan berjanji akan melakukan shout out kepada sesiapa saja yang membantu.

Bagaimanapun dia ada menyatakan status yang dimuat naik itu untuk sementara waktu saja dan akan memadamkannya kemudian.

Penulis sempat membacanya tetapi tidak sempat melakukan tangkapan skrin.

Tidak lama kemudian, Adam memadamkan statusnya dengan mengucapkan terima kasih rakyat Malaysia yang membantunya dalam ruangan IG story.

Foto: Instagram

“Terima kasih banyak-banyak. Saya sekarang sudah boleh berhubung dengan keluarga saya di AS dan UK.

“Malaysia dipenuhi dengan malaikat-malaikat yang mulia,” katanya yang turut memberikan kredit kepada 10 orang yang membantunya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 15 Nov 2017

ARE YOU THE ULTIMATE B.I.T.C.H?

Do you think you’re a bitch? Well, I sure hope you are because if this is what being a bitch stands for, I’d gladly be one all the time.

Featured Thu, 29 Jul 2021

Rayuan BPR Fasa Ke 2 : Tarikh Semakan Status Dan Jumlah Bayaran

Bagi mereka yang membuat permohonan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) fasa kedua pada Jun lalu, tarikh semakan bayaran boleh dilakukan bermula Ogos ini. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan, golongan isi rumah B40 akan […]

Featured Fri, 12 Mar 2021

Pelakon Risteena Munim Sah Bergelar Isteri Isa Khan

Tahniah buat kedua mempelai, sama cantik sama padan❤️

Hiburan Wed, 10 Jan 2024
Hiburan Thu, 23 Nov 2023
Hiburan Wed, 4 Sep 2024
Featured Mon, 30 Sep 2024

Kemudi Konsert Terbesar Sepanjang 17 Tahun Dalam Industri, Afgan Akui Gementar

Wah, peminat-peminat Afgan boleh lah serbu tiket lekas! Very affordable! ❤️

Featured Wed, 6 Nov 2024

Rashidi Ishak Sifatkan Fazura ‘Tone Deaf’, Mohon Pengurus Cari Guru Vokal – “Saya Pasti Dia Boleh, Terpulang Nak Atau Tak Nak Je”

Rashidi menganggap dengan latihan berterusan Fazura mampu menyanyi menjadi penyanyi yang baik.

error: Content is protected !!