Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 4, 2024 @ 9:18pm

Jangan Pergi Jadi Taruhan Terbaru One Avenue Band

Selepas muncul dengan beberapa single, kumpulan One Avenue Band (OAB) yang dianggotai Reyhan (penyanyi), Shana (penyanyi), Apit (bass), Madey Vai (gitar & keyboard) dan Kimy (dram) mempertaruhkan single terbaharu mereka berjudul Jangan Pergi.

Mewakili OAB, Reyhan, 28, berkata, Jangan Pergi adalah lagu bergenre Pop Balada yang dihasilkan sepenuhnya oleh komposer Mekiya atau lebih kenal sebagai Angah Projector Band.

“Lagu ini menceritakan mengenai pasangan yang setia bersama dan tak sanggup ditinggalkan. Senang cerita, nak hidup bersama selama-lamanya. Pad masa sama, jangan ada niat untuk meninggalkan.

“Menerusi lagu ini memaparkan bagaimana hubungan itu dipenuhi dengan kesetiaan dan kecintaan yang mendalam, menunjukkan bahawa keberadaan satu sama lain menjadi penyeimbang yang sempurna dalam kehidupan. Kesetiaan yang mereka tunjukkan tidak hanya terlihat dari kata-kata, tetapi juga dari tindakan nyata yang mereka lakukan setiap hari untuk saling mendukung dan menguatkan.

“Dalam erti kata lain, lagu ini ingin menjelaskan yang mana kebersamaan dan kesetiaan adalah kunci utama dalam merajut kisah cinta yang kekal dan tak tergantikan,” katanya.

Berkongsi lanjut, Reyhan berkata, perbezaan ketara single terbaharu mereka dengan yang terdahulu adalah dari segi penciptaannya.

“Angah dikenali kerana lagunya yang begitu menyentuh dan mampu meruntun perasaan pendengar hingga mereka terhanyut dalam lautan emosi yang dalam. Lagu ini tidak hanya menjadikan mereka terbuai tetapi juga mengalirkan air mata. Melodi yang disusun dengan penuh kemasan menjadikan setiap nada berpadu secara harmoni, membiarkan kesan mendayu-dayu lagu itu memancar dengan indahnya.

“Keunikan lagu ini dapat dicetuskan oleh keseimbangan antara lirik yang menyentuh hati dan melodi yang meresap ke dalam jiwa. Kecantikan lagu ini terletak pada cara Angah mampu menyampaikan ‘vibes’ galau yang sejuk di tengah-tengah populariti tema itu dalam kalangan generasi muda.

“Kebolehan Angah dalam mencipta lagu ini begitu luar biasa sehingga memberikan impak yang positif kepada pendengar, membuat mereka terus terpaku dan terkesima dengan kehebatan karya seni itu,” katanya.

Dalam pada itu, Reyhan menyifatkan OAB masih lagi berusaha menghasilkan karya yang baik untuk semua pendengar dan peminat.

“Kami juga berusaha untuk menempah lebih banyak nama dan besarkan lagi nama kami dalam industri muzik di Malaysia. Sejauh mana itu tidak dapat nak digambarkan, tapi selagi mampu kami akan cuba sedaya upaya untuk meneruskan karya kami sejauh yang mungkin.

“Kami juga menerima banyak jemputan seperti persembahan makan malam, majlis kahwin, festival dan lain-lain. Mungkin dari segi ini juga boleh menjadikan OAB bertahan dalam industri muzik Malaysia.

“Insya-Allah, perancangan akan datang kami nak buat konsert besar OAB dan juga berkolabrasi bersama artis tanah air seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Anuar Zain dan ramai lagi. Jika diberi peluang, kami akan lakukan sehingga berjaya,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 14 Apr 2023
Trending Tue, 7 Jul 2020
Cahaya Mata Mon, 29 Aug 2022
Filem Sun, 3 May 2026

Filem Pewaris Susuk Angkat Kepercayaan Lama, Seram Yang Dekat Dengan Realiti Masyarakat!

Mula ditayangkan pada 30 April lalu, perhatian penonton tertumpu kepada cara filem seram Pewaris Susuk mengangkat unsur budaya dan kepercayaan tradisional sebagai teras utama penceritaan.

Featured Fri, 24 Apr 2026

“Kalau Ditakdirkan Saya Kahwin Lagi, Saya Takkan Jadi Diri Saya Yang Dulu – Puteri Sarah Liyana

Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mendedahkan pengalaman kehidupan berumah tangga sebelum ini dan kemungkinan jika dia berkahwin semula pada masa hadapan kelak.

Trending Thu, 7 Jun 2018

Nurul Shamsul, Gadis Kelahiran Malaysia Pertama Berjaya Ke Pentas Akhir Miss Universe New Zealand

Nurul Shamsul, gadis berhijab kelahiran Malaysia berjaya menjadi Top 20 Miss Universe New Zealand 2018.

Hiburan Tue, 18 Nov 2025
Hiburan Wed, 4 Dec 2019

Da’i Farhan Ceraikan Isteri Pertama

Laporan polis telah dibuat oleh ahli keluarga.

error: Content is protected !!