Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir February 1, 2023 @ 9:22am

Pencipta Video Dapat Buat M Nasir Cakap Banyak Curi Perhatian Netizen – “Falsafah Buat Saya Macam Ni…”

Pencipta video kelahiran Singapura, Donjany mencuri perhatian netizen apabila berjaya membuatkan penyanyi Datuk M Nasir untuk bercakap lebih banyak.

Menerusi ciapan Twitter @harith_zazman, dia memberitahu M Nasir merupakan penyanyi yang dikenali dengan menjawab soalan dengan sangat ringkas dan pendek.

“Ramai broadcast journalist yang cakap paling susah nak interview Datuk M Nasir sebab dia reply sikit, tapi brother ni buat dia cakap banyak best dengar maybe kena soalan dengan jiwa beliau,” ujarnya.

Di dalam video tersebut, M Nasir menceritakan tentang maksud lagunya dan latar belakang keluarganya.

@_donjanyMaksud disebalik lagu Dato’ M Nasir 🙌🏻♬ original sound – _donjany

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyangka bahawa M Nasir mahukan topik perbincangan yang lebih berilmiah.

“M Nasir ni lebih kepada sufi, kalau sembang dia pasal-pasal makrifat memang masuklah. Lagu-lagu dia semua menusuk kalbu, yang faham tu fahamlah.

“Mungkin Datuk M Nasir ni hanya layan broadcast journalist ada isi. Dan Donjany orangnya yang ada isi padu,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 30 Apr 2025
Trending Tue, 9 Jun 2020
Events Sun, 3 Feb 2019

Betul Ke Lagu Throwback Seribu Impian Cover Suara Sumbang Nabila Razali?

Best jugak kalau lagu seribu impian ni bergenre rancak kan?

Featured Sat, 21 Jun 2025
Hiburan Fri, 22 Mar 2019

Fify Azmi Terkejut Dituduh Punca Rashidi-Vanidah Bercerai

Ketika saya dan abang Shidi menjalani penggambaran klip video produk berkenaan, mereka sudah bercerai…

Hiburan Thu, 16 Nov 2023
error: Content is protected !!