Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari May 8, 2023 @ 8:02pm

“Batu Kecil Tu Tanda Dia Pilih…” – Kongsi Foto Jari Disarung Cincin, Individu Berpendapat Cincin ‘Simple’ Watie Miliki Maksud!

Umum mengetahui mengenai berita pertunangan pelawak dan penyampai radio, Shuib dengan usahawan, Watie Hanifiah pada 6 Mei lalu.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah hantaran foto jari Watie disarung cincin menjadi bualan.

Menjengah di ruangan komen, ada individu berpendapat bahawa bentuk cincin yang diterima Watie memiliki makna yang tersirat.

Kata individu itu, cincin emas bertakhtakan batuan berlian itu menggambarkan Watie memilih seluruh keluarga Shuib.

“Pemilihan cincin jugak menandakan banyak batu kecil-kecil tanda dia memilih seluruh keluarga. Semoga bahagia,” katanya.

Susulan itu, ada beberapa individu lain turut bersetuju dengan individu itu.

Dalam pada itu, memetik laporan Harian Metro, Shuib memaklumkan bahawa pemilihan cincin tersebut dibuat oleh Watie sendiri.

“Berkenaan cincin yang berlingkar macam ulat gonggok itu, Watie yang pilih sendiri. Kami membelinya sehari sebelum majlis pertunangan dilangsungkan kelmarin.

“Saya tidak membeli apa-apa persiapan tunang di Indonesia pun. Saya ke sana baru-baru ini atas urusan perniagaan. Persiapan majlis tunang, beli di Malaysia saja,” jelas Shuib.

Artikel Berkaitan: Shuib, Watie Sah Bertunang… Majlis Nikah Berlangsung Pada 23 Jun 2023

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Puji Matin Anak Shuib Kutip Makanan Bersepah Bawah Meja Di Kedai Makan – “Bagus Dia Terapkan & Ingat Didikan Siti Sarah”

Artikel Berkaitan: Bapa Arwah Siti Sarah Pinangkan Watie Untuk Shuib, Netizen Puji Hubungan Baik Dengan Keluarga Mentua!

Artikel Berkaitan: “Kuda Tu Slow Je Tapi…” – Tunggang Kuda Di Pantai, Netizen Kritik Gerak Tubuh Watie ‘Over’

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 20 Nov 2020
Featured Thu, 25 May 2023
Hiburan Wed, 11 Jul 2018

Selena Gomez Terkejut Bekas Kekasih Bertunang Tapi…

Bercinta sejak 2010, sudah tentu Selena Gomez dah ‘masak’ dengan sikap Justin Bieber. Katanya, bekas kekasihnya itu sering bertindak tanpa berfikir panjang.

Hiburan Fri, 8 Nov 2024
Hiburan Wed, 1 Apr 2026

Didakwa Mereka Cerita, Kakak Umisya Mazlan Tampil Bersuara – “Apa Adik Saya Kata Semua Sahih & Ada Bukti”

Abby seakan tidak memerlukan sebarang bukti sebaliknya mempersoalkan mengapa isu tersebut dibangkitkan dan dikaitkan semula selepas dua tahun. 

LIFESTYLE Thu, 11 Jul 2019

Memang ‘Rare’,Wanita Ini Seronok Dapat Hantaran KFC!

Aku cakap kalau susah takpe bagi lain je, dia pun senyap je tak cakap apa sampai lah dah majlis…

Hiburan Sun, 14 Jan 2018

Laudya Cynthia Bella Nafi Hamil?

Bella menafikan dakwaan yang dia sedang mengandung

error: Content is protected !!