Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 21, 2025 @ 7:00pm

[VIDEO] Minta Petunjuk Allah Sebelum Cerai, Mas Idayu Buat Solat Istikharah Setiap Malam Di Bulan Rejab – “Alhamdulillah, Kini Saya Sangat Bahagia”

“Saya solat istikharah setiap malam setiap hari bulan Rejab,”

Demikian luahan penyanyi, Mas Idayu menegaskan telah berfikir sedalamnya untuk mengundurkan diri dalam perkahwinan selama dua tahun bersama bekas suami, Muhammad Sufian Che Isa.

Ketika ditemui XTRA, Mas atau nama lengkapnya, Mas Idayu Mesnun, 53, menjelaskan pihaknya telah mendapat rujukan daripada ahli agamawan iaitu ustaz dan mutawif sebelum membuat keputusan berpisah.

“Dua tahun saya bertahan dan saya sayangkan perkahwinan ini tapi saya rujuk kepada kadi yang nikahkan saya, ustaz serta mutawif dan saya layak bukan suka-suka.

“Saya solat istikarah setiap malam untuk minta pentujuk malah sejak bulan rejab saya sentiasa bersujud meminta pertujuk Allah,” katanya.

Mas berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran single terbaharu berjudul Air Titik ke Batu berdama Farewz Adnan yang berlangsung di Selangor pada petang Rabu.

Mengulas lebih lanjut, pelantun lagu popular Cintaku 100% ini turut memaklumkan tiada mana-mana pihak, termasuk Sufian yang tidak mengetahui kedatagannya ke Mahkamah Syariah Shah Alam untuk menguruskan perceraian itu.

“Saya tuntut cerai tak sorok-sorok tapi tak cerita pada orang,  tapi Allah membantu lindungi aib penceraian saya.  Saya tak rahsiakan kedatangkan saya ke mahkamah,” katanya.

Meskipun gagal dalam perkahwinan kedua ya, Mas bagaimapun bersyukur dia menemui sinar kebahagiaan selepas perpisahannya itu.

Namun begitu, Mas tidak menafikan timbul perasaaan ralat terutamanya terhadap penaja yang menyokong perkahwinannya bersama bekas suami.

“Saya sebenarnya tak sedih tentang penceraian saya ini. Cuma saya ralat dan kesian kepada mereka yang menaja perkahwinan kami

“Saya gembira sangat-sangat dan saya harap pihak sana pun begitu,” ujarnya.

Bercerita mengenai kritikan yang diterimanya, pelantun lagu popular Selangit ini memberi pesanan agar netizen berhenti memanipulasikan berita perceraiannya.

“Untuk orang-orang yang marahkan syaa, sebenarnya saya yang menuntut kalau isteri menuntut cerai tanpa sebab tak bau syurga tapi saya sangat- sangat layak

“Jangan manipulasi cerita atau play victim kalau tak tahu cerita ketika saya menuntut penceraian dia tidak tahu,” luahnya.

Sebelum ini, Sufian yang juga Penerbit Eksekutif TV3 mengesahkan sudah berpisah dengan Mas Idayu pada 4 Mac lalu.

Untuk rekod, Mas Idayu dan Sufian berkahwin pada September 2022. Difahamkan mereka mula saling mengenali sejak program Mentor 3 iaitu pada tahun 2008 dan semakin akrab pada 2021.

Sebelum itu, Sufian pernah berkahwin dengan personaliti TV, Intan Suraya namun bercerai dan mempunyai seorang anak.

Mas Idayu juga pernah mendirikan rumah tangga bersama aktor, Aman Graseka pada tahun 1997 namun bercerai pada 2006.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Dayini Asyiqa, 27.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 6 Dec 2022

Netizen Puji Kejelitaan Azira Shafinaz – “Gigi Hadid Versi Malaysia!”

Penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz sekali lagi mencuri tumpuan ramai dengan kecantikannya. Terbaharu, menerusi sebuah perkongsian di laman TikTok, video yang dimuat naik Azira telah berjaya meraih perhatian. Menerusi hantaran tersebut, Azira memakai baju hitam […]

Hiburan Thu, 20 Mar 2025
Hiburan Thu, 24 Jan 2019

Majlis Kahwin Berkonsepkan Kampung Di Rumah Pengantin Lelaki

Tak sabar nak menunggu majlis kahwin di rumah pengantin lelaki

Contest Tue, 6 Aug 2019

MyeongDong Topokki Challenges Your Taste Buds with Pedasss Chick-Yun Challenge!

Do you think you have what it takes to take on the ultra spicy chicken ramyun exclusively from MyeongDong Topokki?

Hiburan Tue, 17 Dec 2019

容祖儿回归大马舞台!321云顶云星剧场开唱

容祖儿再次回归云顶云星剧场开唱!于2020年3月21日火热登陆大马,演唱历年经典名曲,带领大家游走20年时光隧道。

Events Fri, 3 Aug 2018

Rise: Ini Kalilah Di Pawagam 16 September Depan

Filem yang menelan kos sebanyak RM 2 juta ini mengetengahkan kisah rakyat yang bekerjasama dalam merealisasikan satu matlamat sama iaitu sayangkan negara.

Hiburan Thu, 19 Jul 2018

Julia Farhana Akui Nervous Bersama Erwin Dawson?

Sama seperti kekasihnya, Julia tidak pernah menolak dan sudah bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya

error: Content is protected !!