Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir January 8, 2024 @ 6:56pm

“Selepas Mereka Break Up, Kami…” – Tampil Beri Penjelasan Isu ‘Sailang’ Ex BF, Cupcake Aisyah Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Leona

Pempengaruh dan pelakon Cupcake Aisyah tampil beri penjelasan tentang isu didakwa bercinta dengan bekas teman lelaki Leona.

Menerusi hantarannya di Instagram, Aisyah terpaksa buka mulut apabila perkara ini telah melibatkan keluarganya.

Menurutnya, dia tidak pernah mempunyai hubungan dengan lelaki tersebut dan mereka bertiga berkawan baik dan saling menyokong antara satu sama lain.

Selepas Leona dan teman lelakinya putus cinta, dia akui rapat dengan lelaki itu namun tiada niat untuk menyebelahi mana-mana pihak.

Pada Disember 2022, Leona memberitahu dia tidak selesa bekas teman lelakinya itu menghubungi Aisyah dan dia menghormatinya dan membuat keputusan untuk tidak lagi berhubung dengan lelaki berkenaan.

“He had initiated many of our interactions post-breakup so naturally we got closer. Come December 2022, her and I talked about the situation when she was back in KL when she mentioned she was uncomfortable with the situation.

“Out of respect for my friendship with her I chose to stop pursuing anything beyond a friendship with him,” jelasnya.

Mengulas lebih lanjut mengenai video jam berjenama tersebut, dia sudah lama berhasrat untuk membeli jam itu dan lelaki tersebut mempunyai kenalan untuk bantu dia membelinya.

Dalam pada itu, Aisyah turut menjelaskan tentang video reaksi Leona tentang teman lelakinya pada waktu itu yang datang ke rumahnya untuk menghantar jam tersebut.

Tambahnya lagi, kejadian itu berlaku lebih setahun yang lalu dan dia sedar akan silapnya dan memohon maaf secara terbuka kepada Leona.

“The situation happened over a year ago, and upon reflection I acknowledge my wrongdoings and would like to apologise to her again, this time publicly. I’m sorry this cost us our friendship but I hope everyone can move forward from this,” katanya.

Selain itu, dia memohon untuk berhenti menyebarkan kebencian terhadap dirinya dan keluarga.

Terdahulu, Leona memuat naik hantaran di TikTok miliknya mendedahkan teman baiknya bercinta dengan bekas teman lelaki selepas mereka berpisah dan netizen mendakwa wanita itu adalah Aisyah.

Lebih parah lagi, ibu Aisyah turut diserang oleh netizen gara-gara didakwa anak perempuannya sebagai penyondol.

ARTIKEL BERKAITAN: Leona Dedah Kawan Baik ‘Sailang’ Ex BF, Nama Cupcake Aisyah Dipetik Netizen? – “Lepas Tengok Vlog Tu, Rasanya Memang Dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Perempuan Didakwa Sebagai ‘Penyondol’, Ibu Cupcake Aisyah Tampil Pertahankan Diri

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 20 Mar 2022

“Tolong Bertanggungjawab, Motif Keluarkan ‘Footage’ Belum Disunting?” – Umie Aida Bidas Isu Adegan Panas Zul Ariffin

Menurut Umie Aida, kakaknya Erma Fatima selaku penerbit drama ini mengakui dia berasa sangat bimbang berhubung babak intim yang dimuat naik tanpa keizinannya.

Featured Tue, 29 Nov 2022
Featured Mon, 11 Apr 2022
Hiburan Fri, 23 Jan 2026
Hiburan Mon, 2 Sep 2019
Hiburan Wed, 25 May 2022
Featured Mon, 4 Apr 2022

“Bertujuan Beri Teguran Kepada..” – Iqram Dinzly Respons Isu Video Sarung Baju Dalam Wanita Sambil Selawat 

Oh ini rupanya maksud video viral tu, tetapi sampai ke kepada ‘golongan’ tersebut?

Hiburan Fri, 19 May 2023
Drama Thu, 28 May 2026

Adi Putra & Zara Zya Uji Kesetiaan Dalam ‘Luka Di Hujung Setia’

Drama bersiri Luka Di Hujung Setia bakal mengisi slot Akasia TV3 mulai 2 Jun depan dengan membawa kisah penuh emosi tentang pengorbanan, kesunyian dan keretakan rumah tangga yang hadir tanpa disedari.

error: Content is protected !!