Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 23, 2026 @ 9:15am

Undur Diri Jayakan Drama TV, Nur Fazura Umum Bersara… Mahu Fokus Kepada Fatima

Aktres dan usahawan tersohor, Nur Fazura mengesahkan keputusan untuk mengundur diri daripada bidang lakonan, khususnya membabitkan mana-mana projek drama di saluran televisyen tempatan.

Menurut Fazura, keputusan itu dibuat selepas menimbang beberapa perkara, termasuk memberi tumpuan penuh kepada anaknya, Nur Fatima Aisya yang kini berusia enam tahun.

“Saya sendiri tidak pasti apa yang akan berlaku pada masa akan datang, jadi saya cakap dengan berhati hati. Buat masa ini, saya secara rasmi tidak lagi menerima tawaran drama di semua stesen TV Malaysia,” katanya.

Pelantun lagu Hancur Aku itu ditemui pada pertunjukan fesyen Jakel Raya 2026 di Jakel Mall, semalam.

Pada acara sama, Fazura turut diumumkan sebagai rakan kolaborasi eksklusif bagi Koleksi Raya 2026 jenama tekstil dan fesyen, Jakel.

Bagaimanapun, pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia 27 itu menjelaskan peluang untuk filem masih terbuka bergantung kepada kesesuaian projek, termasuk peluang di Malaysia dan Indonesia.

“Untuk filem, saya masih boleh pertimbangkan ikut projek. Fokus saya sekarang lebih kepada filem, sama ada di Malaysia atau Indonesia. Cuma untuk drama, keputusan saya jelas, saya berhenti,” katanya.

Sudah lebih dua dekad berada dalam industri, Fazura berkata kekangan masa turut menjadi antara sebab utama kerana komitmen drama biasanya memerlukan tempoh penggambaran yang panjang.

“Sekarang memang saya tidak ada masa untuk komitmen drama yang panjang. Fatima sangat rapat dengan saya dan ada kebimbangan bila berjauhan. Kalau saya bekerja lama, dia akan mencari dan menunggu saya balik, termasuk waktu tidur,” katanya.

Fazura menambah, selain masa, ada beberapa faktor lain yang turut mendorong keputusan untuk menghentikan penglibatan dalam drama TV tempatan.

“Kekangan masa ini salah satu sebab, tetapi ada juga beberapa perkara lain yang buat saya fikir ini keputusan yang tepat untuk sekarang,” katanya.

Dalam masa sama, Fazura menegaskan langkah itu diambil bagi menyeimbangkan kerjaya dan tanggungjawab sebagai ibu, namun tetap menyerahkan masa depan kepada ketentuan Allah.

“Ini keputusan besar dan saya sudah tekad. Hari ini saya umumkan undur daripada drama televisyen, tetapi kita tidak tahu apa ketentuan Allah pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, Fazura berkata dia masih terbuka untuk terus berkarya dalam bidang muzik bersama Universal Music Malaysia, selain berhasrat memperbaiki kemahiran vokal.

“Untuk muzik, masih ada perancangan. Saya masih berminat hasilkan lagu dan sudah mula ikut kelas vokal. Saya bukan penyanyi profesional, tapi minat itu masih ada. Kalau ada lagu yang sesuai, insya-Allah ada rezeki untuk keluarkan karya lagi,” katanya.

Kemunculan terakhir Fazura di televisyen menerusi drama Lelaki Itu yang ditayangkan di Slot Samarinda TV3 pada 2024.

Drama itu merupakan karya tulisan Erma Fatima dan arahan Along Kamaludin serta Nur Ain Sharif, turut menampilkan Datuk Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Nabila Huda dan barisan pelakon lain.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 26 Apr 2025

Nikki Palikat Curah Perih Dalam ‘Malam Nestapa’

Nikki Palikat sedia menyahut cabaran apabila diberi kepercayaan menyanyikan lagu OST Filem Gayong ini.

Events Sun, 22 Dec 2024

Teater Muzikal Sudirmania Bakal Ubat Rindu Peminat

Teater Muzikal Sudirmania ini pastinya naskhah yang tidak hanya didendangkans ahaja.

Hiburan Mon, 8 Jan 2018

DATUK HANS ISAAC DAN NEELOFA KELUAR BERSAMA?

Adakah Neelofa ingin menyembunyikan sesuatu selepas mereka dipertemukan semula dalam program rancangan bual bicara itu. Apa sahaja difikiran netizen, yang pastinya pasangan ini sudah tidak janggal untuk keluar bersama setelah sekian lama.

Trending Mon, 21 Oct 2019
Events Sun, 3 Nov 2019

人妻「李太太」杨丞琳感谢粉丝不离不弃!

「全能天后」杨丞琳暌违6年再度来马开唱,担任演唱会总策划的她,亲自调整歌单,并为不设Encore环节临时加唱2首歌送大马粉丝福利。

Hiburan Thu, 21 Mar 2019

Rashidi Jelaskan ‘Hubungan Istimewa’ Bersama Fify Azmi

Gambar tengah promosi perfume rupanya

Featured Fri, 4 Aug 2023
error: Content is protected !!