Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin January 8, 2018 @ 7:56am

DATUK HANS ISAAC DAN NEELOFA KELUAR BERSAMA?

Kalau tahun lepas kecoh seketika apabila Datuk Hans Isaac dan Neelofa dipertemukan semula menerusi satu program bual bicara, kali ini lain pula ceritanya apabila pasangan itu sudah mula keluar bersama. Isu ini timbul apabila Hans telah memuat naik satu gambar dilaman instagram beliau menunjukkan Hans, Neelofa, dan Elaine Daly bersama suaminya keluar bersama dan menikmati makan malam disalah sebuah restoran di ibu kota. Tetapi, gambar tersebut hanya dimuat naik oleh Datuk Hans sahaja. Neelofa?? 

Gambar Datuk Hans bersama Neelofa ketika makan bersama

Walaupun kedua-duanya telah membawa haluan masing-masing sejak berpisah pada tahun 2014, namun terdengar beberapa desas-desus mengatakan mereka telah menjalinkan hubungan cinta secara senyap. Betulkah? 

Datuk Hans dan Neelofa dipertemukan dalam satu program bual bicara

 

Atau, adakah Neelofa ingin menyembunyikan sesuatu selepas mereka dipertemukan semula dalam program rancangan bual bicara itu. Apa sahaja difikiran netizen, yang pastinya pasangan ini sudah tidak janggal untuk keluar bersama setelah sekian lama.

Gambar bersama bekas tunangnya, Gabriella Robinson

Pada tahun lalu juga, Datuk Hans telah mengumumkan tentang pembatalan perkahwinannya bersama Aileen Gabriella Robinson yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 29 Julai yang lepas. Dan, adakah disebabkan hal tersebut, telah membuka satu lagi peluang kepada pasangan ini untuk berbaik semula memandangkan kedua-duanya masih belum berpunya?

 

Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat kedua-duanya okay!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Mar 2018

Super Junior’s Leeteuk Gets Maserati As Present!

Super Junior’s Leeteuk has a new luxury ride!

Hiburan Sat, 14 Mar 2026

“Ingat Dia Bergurau” – Suasana Kecoh Di Fiesta Mega Raya, Roslan Shah Terkejut Peminat Pengsan Lepas Ajak Bergambar

Seorang peminat wanita tiba-tiba pengsan selepas bergambar dengan Roslan Shah.

Hiburan Tue, 5 Dec 2017

5 VIDEO KELAKAR ABAD INI

Kalau di Malaysia korang selalu layan video-video viral pasal artis yang selalu berbalas tweet mahupun retweet, kali ini kami di xtra akan tampilkan beberapa video dari beberapa buah negara yang boleh dikatakan viral jugak lah.  Walaupun usia video tersebut sudah beberapa tahun di muat naik dilaman youtube tetapi masih lagi mendapat sambutan.

Hiburan Tue, 31 Oct 2023
Hiburan Thu, 21 Feb 2019
Trending Sun, 19 Jun 2022
Hiburan Fri, 30 Aug 2019

Pengalaman Mematangkan Fasha Sandha

Kita hidup hanya sementara, buang jauh benci dan sengketa

error: Content is protected !!