Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 4, 2026 @ 3:21pm

“Kalau Nak Ikut Tekak Awak, Masak Sendiri Diam Diam” – Tyra Kamaruzzaman

Usahawan dan personaliti media sosial, Tyra Kamaruzzaman mencuri tumpuan apabila tampil bersuara isu cara memasak yang kini menjadi perbualan hangat selepas cef terkenal, Che Sayang Kitchen dikecam.

Menerusi perkongsian tersebut, Tyra berpendapat setiap individu mempunyai cara masakan yang berbeza, justeru perkara itu tidak wajar untuk dibandingkan.

“Masak ni mudah saja, tak ada betul atau salah tentang cara seseorang itu memasak.

“Dia nak letak bahan apa, resepi tu tak asli ke, mak awak buat lain dari dia, cara tok nenek awak lain ke apa, itu tak peduli lah nama pun dia masak.

“Dia masak la cara dia. Kalau nak ikut tekak awak, awak masak sendiri diam-diam,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mempunyai pandangan yang sama dengan Tyra.

Sebelum ini, isu mengenai resepi memasak menjadi perdebatan di media sosial selepas seorang individu mengritik cara masakan personaliti media sosial, Che Sayang Kitchen yang dikatakan terlalu ringkas dan dianggap ‘menderhaka’ resepi asal.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 25 May 2026

PU Riz Beri Teguran, Dakwa Ramai Hilang Pedoman Demi Populariti

PU Riz berkata, ramai yang menghasilkan kandungan yang tidak mempunyai manfaat semata-mata mahu meraih perhatian.

Featured Thu, 17 Mar 2022
Trending Thu, 7 Nov 2019
Hiburan Fri, 20 Oct 2023

“Noorkhiriah Orang Pertama Bagi Saya Tudung Untuk Berhijrah” – Ieda Moin

Allahu bestnya ada kawan yang selalu support hijrah kita

Hiburan Wed, 16 Jan 2019

Dulu Lain Sekarang Lain, Netizen Terkejut Tengok Gambar Lama Sharifah Husna

Makin cantik kan si dia ni? Semoga terus sukses Husna!

Trending Mon, 28 May 2018

Rebranding Tak Salah, Yang Salah Bila Kau Jual Balik Dengan Harga Y&*@&$*!

At least know your worth, kau spend duit untuk beli barang murah dengan harga firaun, tak rasa kena tipu hidup2 ke?

Featured Tue, 13 Mar 2018

Selamatkan Budak Perempuan Tersepit, Air Mata Fazura Buat Netizen Cair

Nampaknya masih ramai yang belum boleh move on dengan majlis resepsi pasangan Fattah Amin dan Fazura yang berlangsung pada Ahad lalu.

error: Content is protected !!