Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 17, 2022 @ 8:07pm

“Bodoh Is Free…” – Caprice Respons Isu Video Kak Long 7E Dijadikan Seperti ‘Lembu’ Oleh Aliff Syukri & Baby Shima

Baru-baru ini, tular sebuah video melibatkan usahawan selebriti, Datuk Aliff Syukri dan penyanyi kontroversi, Baby Shima yang dilihat memperlakukan Kak Long 7E seperti lembu.

Susulan kejadian itu, penyanyi rap, Caprice menyifatkan tindakan yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga individu ini sebagai ‘bodoh’.

Perkara itu dikongsi Caprice menerusi hantaran di Instagramnya baru-baru ini.

“Bodoh is free, sehingga anda meletakkan harga,” tulisnya.

Caprice berkata, adalah mustahil bagi Kak Long 7E melakukan perkara sedemikian kerana tindakan tersebut secara tidak langsung boleh menjatuhkan maruahnya bukan sahaja sebagai seorang individu tetapi juga ibu kepada anak-anaknya.

“Video ini viral di media sosial. Menurut Kak Long 7E, dia melakukannya untuk beraksi sedemikian secara percuma. Malaysia, tidak mungkin anda melakukan ini secara percuma. Walau ramai orang kata bodoh itu percuma.

“Tetapi, secara general, saya mahu memberikan sedikit tips. Kepada sesiapa yang pernah jadi influencer, FYP, tiba-tiba viral, bukan hari-hari kita pegang petir. Pegang petir means whatever we do, orang nak tengok,” katanya.

Dan, ternyata respons yang diberikan Caprice ini turut dipersetujui warganet yang menganggap manusia zaman sekarang sudah tiada nilai sehingga berani mencabar kekuasaan Allah.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 17 Nov 2022
Hiburan Mon, 10 Feb 2025
Hiburan Wed, 24 Apr 2019

Tak Jadi Saman, Pak Ya Maafkan Lan Pet Pet

Saya bukannya pendendam. Segala perbuatan dan kekhilafan Lan terlerai sebaik kami bersemuka…

Trending Fri, 8 Jan 2021
Hiburan Sat, 16 Nov 2019

张帝朱咪咪获封赌场金童玉女!朱咪咪喊:可以换个男人吗?

张帝和朱咪咪明年1月4日「攻顶」开唱,合作无间的两人,让朱咪咪大喊 “赌场说我们太受欢迎年年都邀请,搞到我都换不到男人(拍档)!”

error: Content is protected !!